Quotes

Write your text here...

CINTAKU HANYUT DI LAUTAN SEPI

SENARAI LAGU

01. Cintaku Hanyut di Lautan Sepi (3:44)

02. Semoga Kau Masih Ingat (4:40)

03. Nostalgia Pertemuan (4:11)

04. Terpandang Wajahmu (3:51)

05. Rindu Kasih (5:12)

06. Ku Terbakar Kepanasan Cintamu (3:30)

07. Semenjak Kehilanganmu (3:55)

08. Hanya Engkau (4:19)

09. Kalau Kau Rindu (4:08)

10. Jika (4:13)

DIGITAL PLATFORM

Spotify         Apple Music         Youtube

BELI CD

Shopee

ALBUM REVIEW

Oleh Lan ABdinn

Album ketiga ini merupakan album yang ditunggu-tunggu oleh peminat Ramlah Ram setelah kejayaan album KAU KUNCI CINTAKU DALAM HATIMU yang menjadi fenomena yang sangat luar biasa.

Hampir setahun lebih, album KAU KUNCI CINTAKU DALAM HATIMU mendapat sambutan yang cukup hebat. Ekoran itu, album CINTAKU HANYUT DI LAUTAN SEPI pula berada di pasaran pada pertengahan tahun 1989, selepas lama berkurung di studio. Allbum ini sememangnya dirancangkan sempurna oleh "Nawab Team" dengan hebat. Kesemua 10 lagu adalah di bawah ciptaan Dato Seri Ahmad Nawab dan anaknya Ismail Ahmad Nawab bersama kolaborasi Juwie, Chuari Selamat dan Talha Tukimin di bawah terbitan Nawab Production Sdn Bhd 1989.

Menurut arwah Juwie, dalam satu temubual di AJL 89, beliau memberitahu bahawa judul asal album ketiga Ramlah Ram sebenarnya ialah KU TERBAKAR KEPANASAN CINTAMU tapi ditukar kpd CINTAKU HANYUT DILAUTAN SEPI oleh Dato Seri Ahmad Nawab kerana melodi lagu Cintaku Hanyut di lautan lebih kuat dan arrangement lagunya juga lebih hebat. Walaupun sebenarny lagu Ku Terbakar Kepanasan Cintamu adalah merupakan sequel sambungan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu. 

Album ini amat terbaik kerana penerbit berjaya mevariasikan vokal Ramlah dalam pelbagai genre lagu. Antaranya seperti konsep Pop balada Sentimental (Cintaku Hanyut, Hanya Engkau, Nostalgia Pertemuan, Ku Terbakar Kepanasan Cintamu) Selebihnya ada elemen asli Melayu Zapin Moden Kontemporari (Semoga Kau Masih Ingat), elemen semi Pop Rock (Rindu Kasih) Pop Rancak dgn elemen string gitar (Semenjak Kehilanganmu) juga pengaruh pop dangdut (Terpandang pandang Wajahmu), pengaruh pop chacha (Kalau Kau Rindu) dan elemen kalypso samba (Jika). Pelbagai genre yang pastinya sangat versatile berbanding album-album sebelum ini.

Vokal Ramlah Ram juga divariasi dgn hebat untuk semua genre pop dan ada kelainan semi pop rock. Album ini sekali lagi mencetus fenomena. Lagu ‘Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi’ kembali menyemarakkan populariti Ramlah Ram sekaligus menyaksikan ‘Anugerah Double Platinum’ diberikan kepada beliau atas penjualan album ini melebihi 100,000 unit hanya dalam masa 2 bulan. Lagu tersebut juga tersenarai ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1989 dan seterusnya menggondol tempat ketiga kategori ’Lagu Terbaik’ selepas lagu ‘Isabella’ (Search) dan ‘Segalanya Ku Terima’ (Illusi).

Di kala penghujung tahun 1989, demam muzik rock mula melanda industri muzik tanahair, nama Ramlah Ram terus unggul di persada seni bila beliau sekali lagi dinobatkan sebagai ‘Artis Wanita Popular’ Anugerah Bintang Popular Berita Harian 89 selepas kali pertama memenanginya pada tahun 1988.


Selain lagu ‘Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi’ album ini juga memuatkan lagu hits lain seperti ‘Semoga Kau Masih Ingat’, ‘Terpandang Wajahmu’ dan ‘Ku Terbakar Kepanasan Cintamu’.

Album terbitan NP dan PMC Pacific Music Publishing ini kini telah  terjual melebihi daripada 300,000 unit.

PMC ( Pacific Music Corporation) masih mengekalkan Datin Norma Norell sebagai perunding imej Ramlah Ram untuk album ketiga ini. 

Imej Ramlah Ram berambut pendek masih menjadi ikutan dan gaya dress potongan midi ketat separa lutut menjadi ikutan. Pada tahun 1989 juga, Datin Norma Norell telah mempelbagaikan dan mengubah imej Ramlah dalam aksesori gaya bertopi dan berselendang inspirasi ala gaya 60 an utk menampakkan gaya elegan dan klasik. Imej pakaian ini boleh dilihat dalam persembahan lagu Hati Sepi Seorang Perempuan dalam Muzik Muzik 89 juga dalam pin up poster majalah hiburan masa itu.

Manakala konsep kulit album Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi yang memaparkan pelbagai 'layer' wajah Ramlah Ram berlatarkan warna biru laut merupakan satu pembaharuan teknik terkini pada zaman itu (1989) kerana sesi fotografi kulit albumnya dibuat amat simbolik mengikut tema judul lagu berkonsepkan "cinta yang hanyut" di laut sepi... Terdapat 3 gambar perubahan wajah dan gaya Ramlah pada kulit album ini.

Pada hemat saya, ini semua adalah idea dari nukilan arwah Juwie dan pakar rekabentuk Boul. Banyak lagu lagu yang sedap dari album ini yg popular cuma mengikut pemahaman sy semasa tahun yang sama 1989, Ramlah juga merakamkan lagu baru duet nya bersama Arwah Dato Nassier Wahab iaitu Susah Senang Kita Bersama cuma lagu tersebut tidak di masukkan dalam album ketiga ini. 

Untuk pengetahuan semua peminat RRG, lagu Hati Sepi Seorang Perempuan lagu asal Linda Elizabeth juga dirakamkan kembali oleh Ramlah pada tahun yg sama 1989 iaitu tahun kegemilangan Ramlah Ram. Walaupun lagu cintanya hanyut di lautan sepi namun nama Ramlah Ram tidak pernah SEPI dan berada di kemuncak gemilangnya pada zaman 1989 itu. 

Album ini sy berikan ⭐⭐⭐⭐⭐