RAMLAH RAM LIVE DI BORAK KOPITIAM!

1 MAY  2021 | TV3 - BORAK KOPITIAM

Jangan lupa saksikan Ramlah Ram di Borak Kopitiam jam 8.00 pagi esok, 2 Mei 2021 di TV3.

Kak Ramlah akan menyanyikan lagu 'Cahaya Aidilfitri' dan lagu raya terbaru berjudul 'Kemenangan'. Ini adalah kali pertama lagu Kemenangan bakal dipersembahkan di TV.

Jadi jangan lupa pagi esok. Tonton ramai-ramai dan request lagu 'Kemenangan' stesen-stesen radio kegemaran. Kita kasi 'boom' lagu ni utk sambutan raya kali ini.. boleh kan?

JOM LIVE BERSAMA RAMLAH RAM!

22 APRIL 2020 | Instagram LIVE

Ramlah Ram bakal LIVE di IG beliau @RamlahRam383! jangan lupa jam 10 malam ini. Jumpa di sana ramai-ramai ye!

Quotes

RAMLAH RAM AKTIF PROGRAM AMAL

30 APRIL 2021 | UTUSAN TV

PENYANYI Ramlah Ram begitu teruja apabila dipelawa untuk menyertai program Amal Qaseh Ezmeals bersama UtusanTV bagi mengedarkan pek makanan kepada orang ramai di sekitar Perkarangan Kompleks Campbell, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Ramlah,56, sebelum ini dia antara selebriti yang aktif menyertai acara yang melibatkan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan.

Namun dek pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lalu, penyanyi Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu itu sudah jarang melibatkan diri memandangkan ramai penganjur perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Atas sebab itulah Ramlah tidak menolak saat dipelawa oleh pihak UtusanTV untuk menjadi sebahagian anak seni dalam menjayakan program mengedarkan pek makanan Ezmeals pada bulan Ramadan kali ini.

“Alhamdulillah, seronok sangat dapat bersama-sama dengan pasukan Qaseh Ezmeals dan UtusanTV untuk berkongsi juadah berbuka puasa dengan orang ramai.

“Saya sebenarnya sangat seronok menyertai acara begini kerana tahun lepas tidak ada sebarang aktiviti melibatkan orang ramai disebabkan wabak Covid-19, jadi tahun ini baru ada kesempatan untuk sertai.

“Jika sebelum ini saya sering diundang untuk menjadi tetamu di majlis berbuka puasa dan mengedarkan bubur lambuk…itu pengalaman yang berbeza.

“Sebab untuk program Qaseh Ezmeals dan UtusanTV ini saya dapat berjumpa dengan orang ramai dan menyerahkan sendiri paket makanan kepada pejalan kaki di sekitar Jalan Dang Wangi,” katanya kepada URTV.

Bercerita lanjut tentang sambutan bulan Ramadan pada kali ini, Ramlah akui sedih kerana sudah dua tahun tidak dapat meraikan bulan muila ini bersama ibu tercinta, Ne,79,

Ujarnya, seperti kelaziman, dia pasti akan mengambil cuti untuk pulang ke kampung halaman di Kluang, Johor bagi bersama-sama memyambut puasa pertama dengan keluarga.

Disebabkan terpaksa akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ramlah sekali lagi terpaksa membatalkan niat untuk pulang ke kampung halaman pada tahun ini disebabkan angka kes positif Covid-19 menunjukkan peningkatan.

“Tahun lepas saya tak dapat berterawih dengan ibu begitu juga Ramadan kali ini. Kalau tidak kerana Covid-19 ini, sayalah yang akan bergegas pulang ke kampung halaman sebab nak sambut bulan puasa bersama dengan keluarga.

“Memang lain sangat suasananya bila sambut bulan puasa dalam keadaan PKP. Segala-galanya terbatas termasuklah tak boleh nak merentas negeri.

“Kali terakhir jumpa ialah pada tahun lalu sewaktu pergerakan rentas negeri dibenarkan kerajaan selain kebetulan saya ada urusan kerja di Johor Bahru, jadi bolehlah singgah sebentar melawat orang tua.

“Memanglah di sudut hati ada rasa sedih tapi bila difikirkan semula, apa yang kerajaan buat itu sebenarnya ada baiknya. Ia demi kebaikan kita semua…jadi kena redalah,” ujarnya.

VIDEO SANTAI RRG BERSAMA RAMLAH RAM DI ZOOM

22 APRIL 2020 | Zoom Video Conference

Perintah Berkurung tidak menghalang kami AJK RRG untuk meneruskan kerja bersama Ramlah Ram dan Hafiz. Sempat kami rakam sedikit video ringkas untuk tatapan peminat selepas kami selesai kerja... Ini lah antara wajah2 RRG belakang tabir selama nih.... semoga terhibur tengok telatah gedik kami dan nyanyian spontan Kak Ramlah khas buat peminat semua...

DAPATKAN MASAR CINTA DI SEMUA DAGITAL PLATFORM SEKARANG!

12 APRIL 2020 | Spotify / Apple Music / iTunes

Buat semua peminat Ramlah Ram yang masih belum memiliki atau mendengar single terbaru beliau 'Masar Cinta' silalah segera ke digital platform musik seperti Apple Music, iTunes dan Spotify. InsyaAllah selepas Covid 19, bagi mereka yang berminat untuk membeli CD Single Masar Cinta secara fizikal (cakera padat) boleh dapatkannya di sini. Nantikan di ruang berita ini!


Quotes

RAMLAH: "SAYA MINAT & KAGUM DENGAN BAKAT HAQIEM RUSLI"

04 APRIL 2020 | Indigital Youtube Channel

Ramlah Ram menyanyikan lagu Haqiem Rusli secara live dengan iringin petikan gitar adik beliau, Rashid Ram, baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Menurut Ramlah, lagu "Tergantung Sepi" ini adalah merupakan salah satu kegemaran beliau dan Ramlahj turut menyatakan beliau kagum dengan bakat dan suara penyanyi muda ini. 


PEMINAT TUJUKAN LAGU SATRIA NYANYIAN RAMLAH RAM DEMI MENGHARGAI JASA FRONTLINER

30 MARCH 2020 | Youtube RRG Channel

"MV Lagu Satria ini saya buatkan khas untuk semua petugas hadapan dalam menangani isu Covic-19. Marilah kita sama2 doakan mereka diberikan kesabaran. Mereka adalah satria dan wira kita. Dengar nasihat akak kita tau... jangan degil..Ujar Amirul Fauzi Omar selaku AJK RRG.



'Saya Ada, Tidak Berhenti Menyanyi' Melodi TV3

22 MARCH 2020 | TV3 Malaysia

Ramlah Ram menyatakan beliau masih lagi aktif walaupun sudah 8 tahun tidak mengeluarkan sebarang single baru.

Single terbaru beliau, "Masar Cinta" dicipta bersama dengan sahabat karib beliau, ID Mifzal yang telah meninggal dunia kira kira tiga tahun yang lepas turut merupakan Presiden kelab peminatnya, Ramlah Ram Group (RRG).


'Saya Ada, Tidak Berhenti Menyanyi' Melodi TV3

16 MARCH 2020 | Murai.MY

Penyanyi popular, Ramlah Ram menafikan meletakkan titik noktah dalam karier seni nya. Spekulasi tersebut sebelum ini bermain difikiran peminat yang menyangka Ramlah sudah bersara.

Kembali Selepas 8 Tahun

Menolak dakwaan tersebut, Ramlah kini muncul dengan single terbaharu berjudul Masar Cinta setelah 8 tahun tidak muncul dengan lagu baharu. Jelas Ramlah ketika ditemui Murai.my di Indigital Music Damansara, biarpun jarang muncul di kaca Televisyen hakikatnya dia masih aktif menerima tawaran membuat persembahan di kebanyaan acara tertutup.

“Mungkin orang ingat saya tak ada lagu baru atau jarang muncul dalam mana-mana program televisyen, orang ingat saya dah berhenti.Sebenarnya saya masih lagi aktif dan kadang kala diundang membuat persembahan di acara tertutup. Kalau tak ada sebarang komitmen, jenis saya dari dahulu lagi suka enghabiskan masa di rumah bersama keluarga dan kucing-kucing peliharaan.”

Sebak Terkenangkan Komposer Masar Cinta

Menjelaskan lebih lanjut mengenai single Masar Cinta, menurut Ramlah Masar adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud jalan atau perjalanan.

Akui Masar Cinta merupakan lagu yang paling sukar dirakam, dedah Ramlah ini kerana dia berasa sebak sepanjang merakam lagu itu berikutan terkenang penggubah lagu bersama iaitu Allahyarham ID Mifzal yang meninggal dunia pada Mac 2017.

“Dalam banyak-banyak lagu, boleh dikatakan lagu ini paling susah nak rakam sebab saya terpaksa berlawan dengan emosi. Kalau diikutkan saya nak menangis sewaktu menyanyi tapi saya kuatkan hati sehinggalah selesai rakaman”

Menurut penyanyi kelahiran program Bintang RTM ini, hubungannya bersama Allahyarham begitu rapat. Biarpun sudah tiga tahun meninggal dunia, namun dia masih terkenangkan Arwah apatah lagi merupakan bekas presiden kelab peminat Ramlah Ram.

Sebagai info, kali terakhir Ramlah mengeluarkan single adalah pada 2011 yang berjudul Diam-Diam Jatuh Cinta. Kini, dia mengharapkan agar Masar Cinta diterima baik oleh peminat yang mana boleh kini boleh didengar disemua platform digital.



Quotes