CD SINGLES MASAR CINTA

Quotes

Digital Single

Quotes

Promo Single

Quotes

Deluxe Single

PRE-ORDER CD AKAN DIBUKA TIDAK LAMA LAGI

CARA DAPATKAN CD MASAR CINTA

Buat semua peminat yang ingin memiliki single Masar Cinta dalam bentuk cakera padat, anda boleh mendapatkannya tidak lama lagi. Sebagai permulaan, CD Masar Cinta Promo Single akan dilancarkan dulu. Tetapi atas sebab perintah berkurung Covid 19 #StayatHome, kerja-kerja cetakan tidak dapat dilakukan buat masa ini. Namun jangan kuathir, sebaik sahaja perintah berkurung ditamatkan, kami akan segera meneruskan kerja-kerja untuk menyiapkan projek CD single ini.

Pasti ada yang tertanya-tanya apakah perbezaan Masar Cinta "Single Promo" dengan "Single Deluxe" bukan? Perbezaanya hanya terletak dari segi jumlah lagu yang dimuatkan di dalamnya. Untuk "Single Promo" akan mempunyai tiga buah lagu dan untuk "Single Deluxe" pula akan mempunyai 5 lagu termasuk bonus track, yang merupakan  sebuah lagu baru. 

Oleh yang sedemikian, sama-samalah kita berdoa agar PKP tidak berpanjangan...

FAKTA MENARIK  |  BUSANA MASAR CINTA 

KONSEP BUSANA UNTUK MASAR CINTA

Mungkin ramai yang tidak sedar, sebenarnya busana dan ketrampilan Ramlah Ram untuk muka kulit single Masar Cinta, ilhamnya diambil dari gaya kulit album Kau Penawar Segala Duka Ku yang dikeluarkan pada tahun 1991


Dikalangan peminat setia, ramai yang menggemari imej Ramlah Ram dalam album terbabit sehingga rata-rata peminat mengangkat kulit album tersebut sebagai pilihan nombor satu mereka. Atas sebab itulah, RRG telah berhasrat untuk menjadikannya sebagai inspirasi bagi imej single terbaru Ramlah Ram, Masar Cinta ini.

Quotes

Kulit album KAU PENAWAR SEGALA DUKA KU yang dilancarkan 29 tahun lepas.

Busana untuk Masar Cinta ini telah direka oleh Zuraidah Said Creation yang merupakan pereka fesyen yang sering menghasilkan busana-busana menawan buat Ramlah Ram semenjak tahun 2018.  


Sebagai pereka fesyen yang terkenal, Zuraida telah banyak mereka bentuk busana-busana hebat sering dapat kita lihat di majalah-majalah, persembahan pentas mahupun di kaca televisyen. Menurut Ramlah, beliau amat menggemari rekaan Zuraida kerana potongan pakaian sangat selesa dan berpadanan dengan bentuk tubuh beliau.


Untuk kali ini, material utama yangdigunakan ialah kain sequin. Hasilnya, sudah tentu tampak mewah dengan rekaan moden, ditambah pula dengan hiasan bunga-bungaan serta permata kristal yang berkilauan di bahagian dada. 

Quotes

Ketika Ramlah sedang bersiap sedia untuk adegan didepan meja solek...

Busana serba hitam ini turut dilengkapi dengan kain lace sepanjang tiga meter yang dijahit dibelakang bahu  menambahkan lagi keanggunan reka bentuk secara keseluruhannya. 


Busana ini telah dipakai oleh Ramlah ketika beraksi untuk musik video Masar Cinta. Gerak tubuh Ramlah ketika menggayakannya sangat menarik. Jika anda masih belum menonton musik video Masar Cinta, jangan lupa saksikannya di atas!

Quotes

Ramlah ketika sedang berehat sebentar ketika penggambaran sempat melemparkan senyuman manis

LAGI PHOTO DARI RAKAMAN MUSIC VIDEO MASAR CINTA

Quotes
Quotes
Quotes
Quotes
Quotes
Quotes
Quotes
Quotes
Quotes