1986  |  Nawab Production

SABARLAH SAYANG

New Release Art

SENARAI LAGU

01. Indahnya Dunia Cintamu (4:17)
02. Sabarlah Sayang (4:11)
03. Sama Sama Rindu (3:16)
04. Di Hati Ini (4:57)
05. Belum Waktunya (4:02)
06. Hanya Sebagai Kawan (5:20)
07. Sepi Mengubah Janji (3:28)
08. Aku Pun Demikian (3:29)
09. Betapa Sayangnya Aku (4:22)
10. Izinkanlah (3:53)


DIGITAL PLATFORM

Spotify      Apple Music         Youtube

BELI CD

ALBUM REVIEW

Rakaman album pertama Ramlah Ram tidak mengambil masa yang lama. Pada tarikh 31 July 1986, maka lahirlah album berjudul "SABARLAH SAYANG" terbitan Nawab Production edaran Nexon Corporation Sdn Bhd.

Album sulong Ramlah Ram ini merupakan album percubaan dan terbitan sepenuhnya oleh Datuk Seri Ahmad Nawab. Album yang berkongsep Pop dan Dangdut terkandung sepuluh buah lagu. Enam buah lagu adalah ciptaan Datuk Ahmad Nawab sendiri. Dua buah lagu oleh S. Atan Hashim Said, sebuah ciptaan Akbar Nawab Khan dan sebuah ciptaan Yusoff Ismail

Terdapat lima buah lagu yang menampilkan irama Pop seperti; seperti Sabarlah Sayang, Sepi Mengubah Janji, Aku Pun Demikian, Indahnya Dunia Cintamu & Sama Sama RinduManakala selebihnya merupakan lima buah lagu yang berkonsepkan ala Dangdut Melayu seperti; Hanya Sebagai Kawan, Betapa Sayangnya Aku, Izinkanlah, Di Hati Ini dan Belum Waktunya.


Album ini berjaya memperkenalkan suara dan nama Ramlah Ram ke dunia piring hitam tanahair, namun melalui info dari Buku "Suka Duka Ramlah Ram" menyatakan bahawa penjualan album Sabarlah Sayang tidak menggalakan ketika itu kerana syarikat yang mengedarkan album ini iaitu NEXON Corporation telah menipu Nawab Production pada ketika itu dan membuatkan Ramlah Ram tidak menerima sebarang royalti hasil dari jualan album ini.

Walaupun demikian , lagu-lagu seperti Sabarlah Sayang, Indahnya Dunia Cintamu dan Di Hati Ini sering berkumandang di radio-radio dan dikaca TV pada tahun tersebut. 

Konsep kulit album ini yang menampilkan wajah Ramlah dengan trend mekap yang popular pada era lewat 80-an menyerlahkan lagi imej keremajaan Ramlah. Pakaian Ramlah juga mengikuti trend fesyen pada zaman itu. Gaya yang agak sama pada boleh kita lihat pada kulit album artis terkenal lain seperti Sharifah Aini dan Noreen Noor.

oleh Lan ABdinn

MUZIK VIDEO & PERSEMBAHAN LIVE

ALBUM REVIEW DARI PEMINAT PEMINAT

Quotes

Amir Shah Mohamed Kamaruddin

"Pd mulanya sekadar menonton shj pertandingan akhir Bintang RTM 85 krn sy baru berusia 9tahun...mula meminati RR pd tahun 1988 selps membeli album kedua, barulah sy berusaha mendapat album pertama ini di pasar malam itu pun cetak rompak la sbb ms tu minta duit kt mak... Nasib baik mak & kakak pun memang meminati RR so x kesah la bila lagu2 beliau sering berkumandang hari2 di rumah...kaset pertama ni masih ada dlm simpanan hingga sekarang wlupun bkn ori... sory Kak Ramlah...Tapi jgn risau sekarang sy sudah memilikinya yg original punya cd SABARLAH SAYANG ini?... Lagu2 yg sering dgr lebih dari 2kali setiap kali pasang INDAHNYA DUNIA CINTAKU... DIHATI INI... HANYA SEBAGAI KAWAN... AKU PUN DEMEKIAN... IZINKANLAH...kulit album ini melambangkan beliau adalah seorang gadis kampung yg sungguh berbakat besar"

Quotes

Ermyjb AZjunior

"Antara 10 lagu dlm album ni cuma 2 lagu yg kurang menangkap halwa telinga... Antaranya ‘Sama Sama Rindu’ dan ‘ Sepi Mengubah Janji’

Walaupun suka RR nyanyi lagu slow tapi Sepi Mengubah Janji mcm meleweh (pendapat saya). 

Walaupun tajuk Sabarlah Sayang tapi saya lebih berminat dgn Hanya Sebagai Kawan dan Aku Pun Demikian.

 
Lagu lagu spt Betapa Sayangnya Aku,Belum Waktunya dan Izinkanlah agak menarik. pada sy mcm enjoy bila dgr lagu lagu ni."






Quotes

Azizul Rahman

"First time tahu album ini bila jiran cakap Sabarlah Sayang album first Ramlah Ram. Masa tu tak berapa kenal dan tahu pasal penyanyi kelahiran Bintang RTM ini. 

Mula-mula tengok album ini cover cetak rompak (lain dari original) dan "pinjam terus" dan masih simpan sampai kini. Lagu Aku Pun Demikian, Belum Waktunya dan Izinkanlah paling suka dan masih hafal melodi dan lirik hampir semua lagu dalam album ni. 

Album ini kali pertama beli edaran Nixon dan kini berjaya dapatkan kaset versi original, dan ada jugak edaran MV. Secara kesimpulan album ni terbaik dan semua lagu best walaupun tak sehebat album selepasnya."






Quotes

Tuan Warikh

Mula mengikuti perkembangan Kak Melah bermula dari Pertandingan Bintang Rtm, Kak Melah memang peserta pilihan dan sudah menjangkakan kemenangan beliau. 

Keinginan Memiliki album sabarlah sayang pada masa itu sanggup mengumpul duit belanja persekolahan demi memenuhi keinginan untuk memilikinya.

*****Album sabarlah sayang adalah satu satunya album penyanyi yang sanggup saya beli diikuti olih albun album yang lain*****"


Quotes

Amirul Omar

"Album ni mulanya just beli kaset cetak rompak.. masa tu sekolah rendah lagi.. cuma lepas reissue oleh Warner Music tahun 1993 barulah sempat beli kasetnya.. (masa tu jugak dia org release album Nadi Cinta).

Kaset cetak rompak tu pun skrg xtau mana.. i mula minat akak masa menang BRTM.. tapi beli album ni (yg lanun punya) lepas baca URTV tajuk "Ramlah Ram dah pandai melaram". ?

Album ni byk juga lagu2 best cuma tak berapa minat sgt lagu2 nuansa dangdut masa tu.

Paling suka masa first time dgr album ni tahun 1986 (nak dengar pun kena tunggu time mak ayah xde sbb arwah ayah masa tu x berapa suka bising2 masa time dia ada kt rumah) adalah lagu 'Indahnya Dunia Cintamu' dan 'Sepi Mengubah Janji' termasuk 'Di Hati Ini'.

Lagu2 lain boleh la dgr.. cuma yg selalu jadi 'mangsa' skip (masa tu kena fast forward la) adalah lagu 'Izinkanlah' dan 'Belum Waktunya' sbb lagu dangdut mungkin.. tapi yang pelik lagu 'Betapa Sayangnya Aku' bole pulak suka.. apatah lagi album 'Dangdut' antara my favourite album' ?

Ikutkan album nilah paling jarang dengar full.. x macam album2 lain lepas tu yang i suka semua lagu.. bila keluar album 'Ketentuan' album ni ada geng dalam senarai album paling jarang didengar.. ??"