1988  |  Nawab Production & PMC

KAU KUNCI CINTAKU (DALAM HATIMU

New Release Art

SENARAI LAGU

DIGITAL PLATFORM

Spotify       Apple Music         Youtube

BELI CD

ALBUM REVIEW

Menurut Ramlah Ram Idea penghasilan album keduanya yg berjudul "Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu" ini terhasil setelah Dato Seri Ahmad Nawab iaitu melalui Nawab Production memeterai perjanjian bersama PMC PM Sdn Bhd (Pacific Music Publishing) atau BMG Pacific awal tahun 1988. Konsep lagu lagu dalam album ini ditentukan bersama NP dgn PMC dan penciptaan lagu sepenuhnya di tentukan dan diterbitkan oleh Nawab Team iaitu Ahmad Nawab sendiri, bersama Ismail Ahmad Nawab dan Wan Rozali. Manakala dari pihak PMC di wakili oleh komposer residen PMC iaitu Rahim Othman. Kesemua hakcipta lagu adalah milik Pacific Music Publishing. Sebanyak 10 lagu dimuatkan dalam album ini yang mempunyai pelbagai rentak pop merangkumi balada, sentimental, asli moden, pop rancak dan dangdut melayu.

Dalam temubual bersama Ramlah Ram dalam program Suara Emaa Radio Klasik, Ramlah menyatakan album ini diterbitkan dan mula berada di pasaran pada tanggal 8.8.1988.
Album ini telah mencipta satu fenomena serta rekod penjualan yang cukup membanggakan. Album ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai “Album Melayu Pertama Jualan Tertinggi melebihi 350,000 unit” pada ketika zaman itu. Sehingga kini, album ini masih lagi terjual melebihi 500,000 iaitu dalam setengah juta unit dan Ramlah Ram sendiri telah dianugerahkan ‘Artis Melayu Pertama menerima anugerah Platinum Kembar Lima’.

Lagu paling hits dalam album ini yang juga digunakan sebagai judul album ‘Kau Kunci Cintaku (dalam hatimu)’ juga mencipta sejarah sendiri bila ianya dinobatkan sebagai ’Lagu Terbaik’ di Anugerah Juara Lagu 88 di mana Ramlah Ram sendiri merangkul ’Anugerah Persembahan Terbaik’ dengan vokal yang mantap dan menggayakan gaun labuh dengan lampu berbentuk hati di dada yang sehingga kini mencetus satu lakaran sejarah tersendiri yang sinonim dengan identiti Ramlah Ram. 

En Aziz Bakar selaku pengarah urusan PMC @ BMG Pacific telah melantik isterinya, Puan Norma Norell sebagai perunding imej dan konsep pakaian untuk album ini. Menurut sumber dari Buku Suka Duka Ramlah Ram. " Ramlah mengaku dia adalah gadis kampung yang memerlukan bimbingan profesional dari cara berpakaian dan berdandan. Norma Norell pula menyifatkan Ramlah Ram II seorang gadis saiz bertubuh kecil dan genit. Jadi beliau perlu menyerlahkan keremajaan Ramlah Ram pada ketika itu mengikut trend semasa.

Beliau telah mengubah imej rambut Ramlah yang panjang kepada imej Rambut pendek yang elegant ,kasual dan lebih segar. Beliau mengambil inspirasi mirip potongan rambut Linda Evans yg popular dalam soap opera TV Dynasty pada ketika itu. Tidak hairanlah melalui imej yg terbina ini. Konsep kulit album Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu tampak evergreen segar dan gah setelah perubahan meliputi pakaian dan dandanan dilakukan atas penasihat Norma Norell. Menurut buku suka duka Ramlah Ram, Imej Rambut pendek Ramlah menjadi ikutan remaja selepas itu. 


Hampir ke semua lagu dalam album ini popular di radio malah sehingga kini lagu ‘Diam Diam Jatuh Cinta’ pernah beberapa kali menjuarai Carta Lagu Retro Sinar FM. Lagu-lagu lain seperti ‘Apa Khabarmu Di Sana’, ‘Penantian Yang Tak Berakhir’, ‘Membilang Butir Harapan’, ‘Rindu Semalam’, ‘Rindu Itu Menyeksakan’ dan ‘Hanyalah Padamu Ku Cinta’ pernah menjadi antara lagu ‘wajib siar’ setiap hari di rancangan permintaan ‘Pilihan Bersama FM Stereo (sekarang radio Muzik FM) sekitar tahun 1988 dan 1989. Ini termasuklah kejayaan merangkul lagu terbaik dan persembahan terbaik dalam Juara Lagu 1988.Menurut Ramlah Ram dalam temubual di RTM, beliau mengambil masa dalam 4 hari di waktu bulan puasa untuk menyelesaikan proses rakaman album ini. Ini disebabkan Ahmad Nawab amat teliti dari segi proses rakaman dan mixing utk semua lagu dari album ini.

oleh Lan ABdinn

MUZIK VIDEO

ALBUM REVIEW DARI PEMINAT PEMINAT

Quotes

Hisyam Embong

"Pertama kali beli album..masa tu masih di sekolah menengah..balik sekolah biasanya lepak kat bus stand sambil mkn keropok goreng dgn air tebu bersama kawan2 rapat..disekitar gerai air tebu tu ada ramai gerai yg menjual kaset ...tiba2 terdengar salah seorang penjual kaset memainkan lagu baru yg sangat merdu didengar..sekali dengar mmg sgt merdu..mmg tak cam suara penyanyi..Abis mkn beri alasan pd rakan nak ke tandas tp pergi kat gerai kaset..tak nak kawan tahu sbb masing2 peminat band...tanya abang yang jual kaset siapa yg nyanyi..dia bgtahu RAMLAH RAM..Lagu td? Insafilah..Saya suruh pasang kembali..Mmg best..masa tu duit dlm poket cukup2 utk tambang bas balik ke rumah..Aduhai..teringat duit biasiswa ..tak peduli..pergi bank berdekatan terus keluar duit biasiswa beli kaset tu..mula2 tanya takda ke yg murah sbb biasa byk cetak rompak..Penjual kata ni kaset baru keluar hari ini..semua original..

Dek kerana minat beli jugak..Balik ke rumah sembunyikan kaset takut abah dgn mak marah..nak pasang kat mini kompo takut..seminggu baru pasang suruh kakak yg dah bekerja mengaku dia yg beli...sbb kalau tahu kat mak dan ayah beli kaset dgn duit biasiswa memang kena tibailah dgn pelepah kelapa..Tapi minat punya pasal..Rupanya tak sia2 beli album ni kerana semua lagu best..Hanya kerana lagu insafilah menarik perhatian membeli album ini."

Quotes

Ermyjb AZjunior

"Sewaktu album ini diterbitkan pada 8 Ogos 1988, saya belum mampu memiliki album ini memandangkan saya masih berada di sekolah rendah, namun fenomena yang tercetus daripada masterpiece komposer Datuk Dr Ir Ahmad Nawab telah menjadikan setiap isi rumah pada waktu itu memiliki sekurang-kurangnya satu kaset atau piring hitam album Kau Kunci Cintaku Dalam Hati Mu ini. Kaset dari album ini telah dibeli oleh ibu saya memandangkan ianya menjadi satu KEMESTIAN dan KEPERLUAN pada tahun itu.Tidak hairanlah album ini telah melayakkan pelontar suara dari album ini menerima Platinum berkembar 3 atas jualan album melebihi 150,000 unit(yang tertinggi pada zaman itu). Hampir setiap hari album ini dimainkan melalui radio di rumah yang berjenama Sanyo.

Melayani 10 buah lagu dari album ini membuatkan saya terbuai dengan melodi dan genre lagu yang pelbagai sekaligus terbuai dengan kelunakan dan kelantangan suara penyanyi berjenama Ramlah Ram ini. Semestinya single Hits iaitu ‘Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu’ menjadi pilihan utama saya dan para pendengar. Sesiapa yang berminat dengan irama dangdut pasti terpesona dengan ‘Penantian Yang Tak Berakhir’, ‘Insafilah’ dan ‘Rindu itu menyeksakan’. Secara peribadi saya amat meminati ‘Penantian Yang Tak Berakhir’ dan ‘Insafilah’ kerana ia bukan berirama dangdut typical seperti Elvy Sukaesih atau Rhoma Irama tapi lebih kepada pop dangdut. Saya juga amat terbuai dengan lenggok dan patah lagu bila Ramlah Ram mengalunkan lagu ‘Pedihnya Kerana Cinta’. Tidak dinafikan irama asli, ghazal, pop etnik merupakan forte beliau. Bagi lagu rancak, saya amat meminati ‘Apa Khabarmu Disana’dan ‘Hanyalah Padamu Ku Cinta’ kerana pada pendapat saya kelainan melodi dan mood yang terbit dari dua buah lagu ini. Bagi lagu ‘Diam-Diam Jatuh Cinta’ iramanya agak catchy dan mudah menarik perhatian pendengar tatkala pertama kali mendengarnya dan lagu ini masih relevan di corong-corong radio hingga kini. Lagu ciptaan Ismail Ahmad Nawab dan lirik Talha Tukimin ini pernah saya nyanyikan sewaktu persembahan Hari Guru di sekolah rendah.

Boleh saya katakan album ini 99% killer album (mungkin ada yang tidak setuju dengan pendapat saya). Ini kerana ada sebuah lagu yang saya kurang minat dan skip track ke-5 iaitu ‘Membilang Butir Harapan’. Mungkin saya kurang tertarik dengan irama slow ballad seperti lagu ‘Sepi Mengubah Janji’ dari album ‘Sabarlah Sayang’. Namun saya tidak nafikan melodi ciptaan Rahim Othman ini merupakan kelainan dalam album ini yang sinonim dengan genre Nawab Production. Secara keseluruhan album ini merupakan pencetus fenomena dalam industri muzik tanah air dan menjadikan jenama Ramlah Ram terus kekal relevan sehingga kini. Tahniah dan terima kasih kepada Datu Dr Ir Ahmad Nawab yang melahirkan bintang nan terus malar segar dan bersinar. Terima kasih kepada Biduanita Ramlah Ram kerana tidak jemu mewarnai dan menghiburkan hari-hari kami dengan sumbangan suara dan bakat yang ada. Bak bait lirik dalam lagu ‘Sumbanganku’ dari album ke empat beliau.
“ HANYA NYANYIAN SUMBANGANKU”."






Quotes

Azizul Rahman

Nak komen la jugak psal album terhebat yang pernah mencetuskan fenomena Ramlah Ram pada era 80 an. Macam pernah diberitahu sebelum ni, mula tau album ni pada tahun 1990 selepas dua tiga tahun diterbitkan. 

Memang percaya album ni melambung di pasaran sebab kebanyakkan rumah sanak saudara ada album ni dengan album ketiga Ramlah Ram. Saya sendiri pun beli kaset tu dan dengar puas puas masa tu . Masa tu tau lagu Diam Diam Jatuh Cinta, Apa Khabarmu Di Sana dan Kau Kunci Cintaku sampai patah penekan play radio kaset tu hari hari cari 3 lagu tu selepas tengok Ramlah Ram nyanyi kat tv yang dihoskan oleh penyanyi lagu Hijau.. Zainal (klip tu ada kat youtube). 

Tapi pada satu hari bila dengar keseluruhan album tak sangka semua best dan sampai hari ni masih dengar dan siap nyanyi sekali bila on album2 penyanyi tersohor ni. Satu lagi kenangan kakak jiran sebelah rumah siap sorok kaset ni masa saya belum beli kaset ni walaupun cetak rompak takut saya ni pinjam , dulu2 kalau tak dengar kuat kuat tak sah rasanya...lagu lagu Ramlah termasuk album ni "peneman" masa ulangkaji pelajaran..sambil belajar ,dengar kaset dan siap selak majalah majalah yang paparkan kisah penyanyi ternama ni..Selain suara suka tengok wajah Ramlah, tenang jiwa...

Quotes

Tuan Warikh

Kemunculan album Kak Melah kali ini sekali lagi memberi nostalgia.. bila mana ingin mendapatkan album Kak Melah waktu itu saya berada jauh di felda yang mana itu belum ada kemudahan kenderaan awan.
Hampir 1 bulan setelah diedarkan baru saya memiliki Album Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu.
Nostalgia yang begitu manis memiliki album kak melah. selari dengan tajuknya
Begitu juga dengan lagu track yang ke 10 diam diam jatuh cinta

*****Betul betul mengamit kenangan manis dapat je album ni terus dengar album kak melah ni menggunakan walkman."


Quotes

Mama Regina

Ini benar benar percubaan berjaya setelah album pertama sabarlah sayang gagal di pasaran. Lagu pilihan adalah Membilang Butir Harapan dan Hanyalah Padamu Kucinta. Jika tidak ada kaset cetak rompak Ram akan jadi jutawan ketika ini...album bajakan seperti yang diceritakan bermula dari selatan thai hinggalah ke Medan.

Album ini menggabungkan ciptaan ramai pencipta hebat selain dari Ahmad Nawab... lagu yang menjadi tajuk album melodinya tepat untuk pendengar malaysia yang melankolik mendayu...


Quotes

Nas Nao

The one and only most successful Malay album in that era beyond anyone’s imagination! It was phenomenal! Ramlah Ram & Ahmad Nawab collaboration was the most spectacular moment in the history of Malay music then.


Quotes

Azhar Raz

Bagi saya, Album ini paling istimewa. Kesemua lagu yang terkandung dalam Album “Berhantu” ini sangat menyengat. Dari Kau Kunci Cintaku hinggalah Rindu semalam.
Album yang mencipta sejarahnya sendiri. No one expected that.

Most Favourite songs, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu and Rindu Semalam. The melody is just as awesome as the Voice. Memang tak silap; semua lagu ini, hanya Ramlah Ram sahaja yang berkemampuan untuk lantunkan.

The best of the best album.

Quotes

Mohd Zaidi Husin

Album kedua yang begitu menonjol kekuatan suara dan persembahan RR.Semua lagunya menarik dan diterima ramai.Setiap hari radio memutarkan lagu dalam album tersebut.Album KKCDH betul betul hebat, baik dari lagunya dan persembahan RR yang penuh penghayatan dan bertenaga.Vokal yang paling cemerlang .Semua lagunya saya suka.Berulang Kali dengar .Album ini membuatkan saya sudah mempunyai penghibur yang perlu dihargai.!?