skd_banner05

Ramlah Ram Tidak Pernah Bertemu Si Duo Sleeq

Posted on Leave a commentPosted in Berita

Lagu barunya meletup-letup. Semakin popular kembali kak Melah kita yang memang hebat vocalnya. Gandingan dengan dua anak muda kelahiran singapura, Sleeq, Ramlah Ram 46 tahun terus mengharapkan sokongan peminatnya. Lagu Sesaat Kau Datang, kolarborasi Ramlah dengan duo Sleeq yang dianggotai oleh Alif Abdullah, (Aleph) 22, dan Ahmad Syarifullah Ahmad, (Syarif) 22, dari Singapura meletup-letup. Lagu […]

skd_01-banner

Single ketiga Ramlah Ram berjudul ‘Sesaat Kau Datang’

Posted on Leave a commentPosted in Berita

Ramlah Ram baru saja selesai merakamkan single ketiga berjudul ‘Sesaat Kau Datang’ yang bakal diperdengarkan kepada umum sedikit masa lagi. Proses rakaman album terbaru Ramlah Ram kali ini amat istimewa kerana selain merupakan album kerjasama antara RRG dan FMC, album kali ini juga bakal menampilkan sisi lain naskah seninya iaitu berkerjasama dengan ramai bakat-bakat muda […]

skd_02-banner

Ramlah Ram Muncul Single Baru, Sesaat Kau Datang

Posted on 8 CommentsPosted in Berita

KUALA LUMPUR, 7 JULAI 2011: Tempoh selama 25 tahun berada di dalam industri hiburan tempatan adalah suatu momen yang paling indah buat penyanyi bersuara lantang, Ramlah Ram. Lebih-lebih lagi, apabila dia masih lahgi mampu mampu bertahan sehingga kini serta masih mendapat sokongan yang tidak putus-putus daripada peminatnya. Buktinya, kelab peminatnya, Ramlah Ram Group (RRG) turut […]

skd_03-banner

Orang Muda Jadi Pilihan

Posted on Leave a commentPosted in Berita

  Sesaat Kau Datang taruhan terbaru Ramlah Ram DUA puluh lima tahun bergelar insan seni pastinya detik yang terindah bagi penyanyi bersuara lantang, Ramlah Ram, apabila dia masih mampu bertahan sehingga kini, berkat doa dan sokongan tidak putus-putus peminat setianya. Selepas menyepi beberapa tahun pada awal alaf baru lalu, Ramlah kembali meledak dengan single berjudul […]

banner_2011_rr_thumb

Perancangan Ramlah Ram buat 2011

Posted on 12 CommentsPosted in Berita

Akur dengan persaingan yang semakin sengit, Ramlah sedar perubahan baru haruslah dilakukan demi menarik minat generasi sekarang agar nama beliau terus relevan dalam industri muzik tempatan. Bekerjasama dengan anak muda yang kreatif tetapi belum mempunyai nama besar bukanlah sesuatu yang jangkal atau mustahil untuk dilaksanakan. Bagi Ramlah yang sentiasa berfikiran terbuka dan gemar mencuba sesuatu yang baru, beliau tidak pernah memandang ringan terhadap bakat anak-anak muda ini.

CintaGila

Cinta Gila Juara Carta Minggu Pertama 2011 di MuzikFM!

Posted on Leave a commentPosted in Berita

Tahniah buat Ramlah Ram dan terima kasih tidak terhingga buat semua peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap Cinta Gila dengan undian-udian berterusan dan permohonan lagu di MuzikFM! Lagu dari single terbaru Ramlah Ram itu baru sahaja dicalonkan 5 minggu lalu, terus menaiki carta dari minggu ke minggu dengan pantasnya sehingga merampas kedududkan teratas dari […]

rr_dtrn-merdk_thumb

Konsert Ambang 2011 Kuala Lumpur tampilkan artis pelbagai bangsa

Posted on Leave a commentPosted in Berita

SEAWAL jam lima petang lagi Jalan Raja yang terletak di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka ditutup laluannya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Biarpun masih terlalu awal, namun lokasi wajib untuk warga Kuala Lumpur menyambut ketibaan tahun baru itu secara beransur-ansur sudah mula sesak dengan mereka yang bukan saja mahu meraikan kehadiran 2011 […]

utopia_rr

UTOPIA Ramlah Ram

Posted on 2 CommentsPosted in Berita

PENGHIJRAHAN terindah dalam utopianya. Ramlah Ram kini lebih manis bertudung dan drastik memimpin perubahan dalam ketrampilan diri.Alasannya, tiba masa buat penyanyi sepertinya yang sudah puas melalui zaman populariti lebih dua dekad. Anak jati Muar ini menyimpan ceritera itu untuk hidupnya.Mendengar rintihan penyanyi Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Selamat Jalan Romeo, […]

2011_thumb

Kedatangan 2011 Dirai Penuh Meriah Di Pusat Bandar Seluruh Negara

Posted on Leave a commentPosted in Berita

KUALA LUMPUR: Kedatangan tahun baru 2011 diraikan penuh meriah oleh rakyat berbilang kaum terutamanya di majlis-majlis ambang tahun baru yang dianjurkan di seluruh negara. Pada detik tengah malam bandar-bandar utama negara termasuk ibukota Kuala Lumpur digegarkan dengan dentuman bunga api di beberapa lokasi acara sambutan, menjadikan langit cerah dihiasi cahaya memukau yang berwarna warni. Pengguna […]

gala_thumb_01

Ramlah Ram dipinggirkan!

Posted on Leave a commentPosted in Berita

Memang tak pernah dapat peluang langsung ke buat konsert solo besar-besaran? Memang saya tak pernah dapat peluang. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin juga dulu saya diuruskan oleh syarikat rakaman dan waktu itu tak terfikir nak buat konsert. Padahal kalau buat konsert mungkin senang dapat penaja kerana nama tengah ada pada masa itu. Tak teringin […]

gala_thumb_04

Yang Pertama Buat Ramlah

Posted on Leave a commentPosted in Berita

SEPANJANG suku abad di dalam industri seni tanah air, penyanyi yang bersuara lantang ini tidak pernah berpeluang mengadakan konsertnya sendiri.Hendak dikatakan wanita ini hanyalah sekadar penambah bilangan penyanyi tempatan tidak juga kerana dia boleh dikatakan umpama legenda di dalam dunia nyanyian.Wanita yang terkenal dengan lagu berhantunya, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu punya auranya sendiri yang membuatkan […]

gala_thumb_05

Akrabnya Ramlah Dengan Bekas Ibu Mertuanya

Posted on Leave a commentPosted in Berita

13 OKT 2010: Era pertengahan 80-an sehingga awal 90-an dulu, menyaksikan Ramlah Ram menempa kejayaan dalam industri hiburan tanah air. Bagi Murai Batu sendiri yang membesar dengan lagu-lagu Kak Ramlah, nyata kehadirannya dalam sebagai seorang penyanyi handalan tanah air memang tidak patut dilupakan oleh generasi masa kini. Siapa boleh lupa pada lagu Selamat Jalan Romeo, […]

gala_thumb_02

Suara Ramlah Ram Bikin Rakan Artis Terpegun

Posted on Leave a commentPosted in Berita

KEBANYAKAN artis yang hadir menyaksikan persembahan penyanyi bersuara lantang, Ramlah Ram memuji kehebatan wanita itu yang kerana berjaya mengekalkan suaranya seperti 25 tahun lalu. Ramlah mengadakan persembahan pada malam gala ulang tahun ke-25 kerjaya seninya anjuran Ramlah Ram Group (RRG) di Hotel Impiana, Kuala Lumpur, Sabtu. Menurut Fauziah Ahmad Daud yang bertindak selaku pengacara majlis […]

template1image

Debaran Ramlah Ram

Posted on Leave a commentPosted in Berita

SEGALA lara ditinggal jauh. Semua ilusi yang mengusutkan fikiran dibiarkan berlalu dan kini penyampai lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Ramlah Ram semakin yakin melalui warna-warni kehidupan yang dirasakan cukup berbaloi untuk dihayati. Biar sudah kembali solo selepas perkahwinan hampir sedekad bersama Kamal Roslim terlerai Mei lalu, tidak sesekali episod sedih terus membelenggu dunianya kerana […]

gala

Harap Penaja Buka Mata

Posted on Leave a commentPosted in Berita

TINGGAL sebulan lebih saja lagi sebelum Ramlah menjayakan persembahan Majlis Gala sempena 25 tahun pembabitannya dalam bidang nyanyian. Walaupun bukan sebuah konsert khas seperti yang diidamkan kebanyakan penyanyi yang sudah melalui satu tempoh panjang seperti itu, namun bagi Ramlah, perasaan teruja dan berdebar tetap ada dalam dirinya. “Memang Ramlah gembira sangat kerana sebelum ini, sepanjang […]

ramlah_gala_thumb

Malam Gala 25 Tahun Ramlah, 9 Oktober ini!

Posted on Leave a commentPosted in Berita

Pejam celik, pejam celik, kini sudah 25 tahun penyanyi Ramlah Ram berkecimpung dalam industri muzik tempatan. Selepas merangkul Juara Bintang RTM 1985, bakat nyanyian wanita bertubu genit ini ternyata masih disegani ramai pihak hingga kini. Dalam tempoh 25 tahun itu juga, pelbagai kejayaan yang dikecapinya termasuklah meraih Juara dalam Anugerah Juara Lagu 1988 (Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu), Penyanyi Wanita Popular (Anugerah Bintang Popular 1988), Artis Melayu Pertama menerima Anugerah Platinum Kembar Lima menerusi album Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu yang terjual melebihi 350,000, Penyanyi Wanita Popular (Anugerah Bintang Popular 1989) dan Pemenang Anugerah ‘Golden Voice’ di Vietnam 1997 semasa mewakili Malaysia ke Pesta lagu Asean.

website_updates

Senarai Kemas Kini Laman

Posted on Posted in Website Updates

Segala yang kami kemas kini di laman ini akan kami catatkan di ruangngan ini agar anda sentiasa dapat mengikuti setiap perubahan yang kami bawakan buat tatapan anda semua. Oleh kerana ini laman rasmi sebelum ini sudah hilang arkibnya, kami kini sedang berkerja keras untuk membangunkan semula laman baru ini agar ia sehebat atau lebih baik dari yang sebelumnya. Yang pasti, sokongan anda amat kami hargai. Silalah melawat ruangan Pengumuman ini dari masa ke masa untuk mengenai info terkini laman ini.

permintaan_bapa_thumb

Ralat Tidak Penuhi Permintaan Bapa

Posted on 4 CommentsPosted in Berita

APABILA membicarakan kemampuan artis yang mampu mempertahankan kedudukan mereka dalam tempoh yang lama memang boleh dibilang dengan jari. Nama-nama seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Jamal Abdillah, Amy (Search), Datuk Sharifah Aini, Datuk Sheila Majid, Jay Jay, Aishah, Ziana Zain dan Datuk Siti Nurhaliza antara mereka yang utuh membina populariti.

birthday_thumb

Ramlah Ram Masih Bahagia

Posted on 2 CommentsPosted in Berita, Highlights

PENAMPILAN merupakan satu perkara yang penting buat artis kerana dari situ bermulanya penilaian peminat terhadap mereka. Dari rambut sampai ke kasut semuanya harus digaya rapi cuma yang membezakan hanya jenama dan harga sahaja. Mengenali penyanyi Ramlah Ram juga, wanita ini tidak terlepas menjadi artis yang suka untuk bermain dengan gaya.

baloon_besday_thumb

Jemputan ke Majlis Ulangtahun Kelahiran Ramlah Ram

Posted on 2 CommentsPosted in Pengumuman

Assalamualaikum pada ahli-ahli RRG dan peminat Ramlah Ram semua, Belated Happy Birthday buat Diva Ramlah Ram yang menyambut hari lahirnya pada 19 Februari 2010 lalu. Masanya tiba lagi! Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, majlis menyambut hari ulangtahun kelahiran Ramlah Ram yang sepatutnya diadakan pada tarikh yang sama telah ditunda pada bulan Mac 2010 ini. […]

radio_thumb

Ramlah Kecewa Dengan Stesen Radio

Posted on 1 CommentPosted in Berita

“Lagu saya masih diterima dan diminati tetapi pelik kenapa ada stesen radio double standard, tidak mahu menerima lagu saya. Industri muzik kita tak macam dulu. Kalau lagu tak diputarkan di radio memang susahlah nak promosi album, tak tahulah pula kenapa tiba-tiba saya terbuka hati untuk rakamkan album baru.