Cerai Tidak Hambat Tekad

Posted 2 CommentsPosted in Berita

Ramlah Ram berazam teruskan hidup sebagai penghibur kesayangan ramai “Kami sudah sah bercerai,” begitulah ungkapan penyanyi terkenal, Ramlah Ram, sewaktu dihubungi penulis menerusi panggilan jauh ke Kuala Lumpur, baru-baru ini. Biarpun kisah perceraiannya dengan Kamal Roslim, penerbit rancangan sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM), merupakan isu hangat yang masih lagi diperkatakan, Ramlah tetap cekalkan hati demi meneruskan kehidupannya sebagai seorang […]

Ramlah Ram Cerai

Posted Leave a commentPosted in Berita

Ramlah Ram sendiri telah mengesahkan perkara ini. Kak Melah kata kita tunggu je lepas kes ni dibawa ke mahkamah syariah nanti. Dan selepas tu baru dia akan mengumumkan statusnya. Perkahwinan yang di bina pada tahun 2000 -2010 ini adalah perkahwinan atas dasar suka sama suka dan dia tidak merasa kesal jika perkahwian ini berakhir bergitu. Ramlah Ram dan Kamal tidak di kurniakan sebarang cahaya mata selama berkahwin. Sudah menyatakan hasrat ini kepada keluarga dan mendapat hikmat nasihat pakar tetapi sayang tiada perkembangan yang positif. Perkahwinan Ramlah Ram ini dah lama bergoyang dan macam-macam khabar dah dari dulu kita dengar, kali ni kak Melah telah buka mulut.

Kami Sudah Bercerai Mei Lalu – Kamal

Posted Leave a commentPosted in Berita

DIA bukan lagi isteri saya lagi. Kami tiada jodoh,’’ katanya lelaki bernama Kamal Roslim itu dalam bicara kami Khamis lalu. Satu kenyataan yang cukup mengejutkan kerana dua hari sebelumnya, Ramlah Ram mengumumkan tentang tuntutan cerai yang dibuatnya di Mahkamah Shah Alam pada Mei lalu. Sebaliknya pendedahan Kamal kepada Pancaindera berbeza sama sekali apabila lelaki itu mendakwa bahawa mereka bukan lagi suami isteri semenjak Mei lalu. Meminta Kamal untuk mengulas perkara itu, awalnya dia berkeras tidak mahu. Kata Kamal, dia menolak untuk bercerita kerana semuanya telah diperjelaskan oleh Ramlah sendiri.

Ramlah Ram Akhirnya Berpisah

Posted 2 CommentsPosted in Berita

Sudah lama cerita Ramlah Ram dan suami tinggal berasingan diperkatakan. Namun Ramlah seboleh-bolehnya menafikan keretakan rumah tangganya dengan penerbit sukan di RTM, Kamal Muslim. Rumah tangga yang dibina pada 3 Novemebr 2000 itu akhirnya menemu jalan buntu apabila mereka memfailkan perceraian bulan lalu. Ramlah mengakui desas-desus itu. Namun dia enggan mendedahkan lebih lanjut. Ramlah mengakui […]

“Jarang tinggal bersama” – Ramlah

Posted 2 CommentsPosted in Berita

SEPULUH tahun lalu, tanggal 3 November 2000 menjadi detik yang cukup membahagiakan hati wanitanya apabila bertukar status sebagai seorang isteri. Mengahwini lelaki yang dicintai, Kamal Roslim yang bertugas sebagai Penerbit Rancangan, Bahagian Sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan saat yang paling indah buatnya.

Ramlah Ram Sah Failkan Penceraian

Posted Leave a commentPosted in Berita

Teka-teki mengenai status penyanyi yang popular dengan lagu “Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu”, Ramlah Ram akhirnya terjawab apabila dia mengakui masih bergelar isteri kepada suaminya, Kamal Roslim, namun telah memfailkan permohonan cerai baru-baru ini. Ramlah, ketika ditemui di majlis sidang akhbar Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram di Restoran Rebung, Bangsar, kelihatan tenang walaupun enggan mengulas mengenai perkara tersebut dengan lebih lanjut.

Ramlah Ram Fail Cerai

Posted 1 CommentPosted in Berita

“Saya akui kami dalam proses perceraian. Sebenarnya sudah puas saya mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama suami (Kamal Roslim) sejak 10 tahun lalu namun apakan daya kami tidak sefahaman lagi dan tanpa sefahaman kami tidak boleh hidup bersama. “Jadi keputusan terbaik adalah berpisah. Justeru, baru-baru ini kami sepakat berpisah cara baik dan sudahpun memfailkan perceraian,” akui Ramlah Ram.

Ramlah Ram failkan perceraian

Posted Leave a commentPosted in Berita

KUALA LUMPUR 15 Jun – Penyanyi terkenal, Ramlah Ram hari ini mengakui dia dan suaminya, Kamal Roslim telah memfailkan perceraian pada Mei lalu. Enggan mendedahkan dengan lebih terperinci, dia yang ditemui pada majlis sidang akhbar Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram di sini bagaimanapun memberitahu, keputusan memfailkan perceraian itu adalah atas persetujuan bersama. Ramlah mendirikan […]

Ramlah Ram Sahkan Mahu Bercerai

Posted Leave a commentPosted in Berita

Desas desus keretakan rumah tangga penyanyi Ramlah Ram,45, yang dibina dengan Penerbit Sukan RTM, Kamal Roslim akhirnya terjawab apabila penyanyi itu hari ini mengesahkan untuk berpisah. Ramlah yang ditemui pada sidang media Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram berkata, kemelut rumah tangganya dengan Kamal tidak dapat diselamatkan lagi sehingga membuatkan mereka terpaksa mengambil keputusan tersebut.