Dapatkan Album Hits Terbaik Ramlah Ram Sekarang!!!
Baru-baru ini syarikat rakaman gergasi, Sony Music telah melancarkan album kompilasi terbaru Ramlah Ram, Hits Terbaik yang mengandungi 22 lagu popular Ramlah. Album 2 keping CD ini telah berada di pasaran hampir sebulan lepas dan kini proses cetakan kedua dalam pembikinan setelah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.