Ramlah Ram Bercinta dengan Orang Muda?

Posted Leave a commentPosted in Berita

KUALA LUMPUR – Artis Veteran yang tidak perlu diperkenalkan lagi,Ramlah Ram yang suatu ketika dulu pernah terkenal dengan lagu “Kau Kunci Cintaku Didalam Hatimu” ini dikatakan bercinta dengan pengurusnya sendiri yang jauh lebih muda dari beliau. Dengan rasa kesal,penyanyi kelahiran Muar Johor ini mengatakan agenda ini mempunyai niat tertentu pihak lain yang ingin menjatuhkan beliau.Penyanyi […]

Ramlah Ram dipinggirkan!

Posted Leave a commentPosted in Berita

Memang tak pernah dapat peluang langsung ke buat konsert solo besar-besaran? Memang saya tak pernah dapat peluang. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin juga dulu saya diuruskan oleh syarikat rakaman dan waktu itu tak terfikir nak buat konsert. Padahal kalau buat konsert mungkin senang dapat penaja kerana nama tengah ada pada masa itu. Tak teringin […]

Kudos Buat Ramlah Ram, Dato Sheila Majid!

Posted Leave a commentPosted in Berita

Petikan dari ‘Blog Elly‘ Mungkin korang semua tertanya-tanya kepada apa sebabnya aku mengatakan kudos buat kedua-dua penyanyi dan penghibur wanita yang disegani di dalam industri tanah air tempatan kita – Ramlah Ram dan Dato Sheila Majid. Sebenarnya kudos aku buat mereka adalah kerana tahun ini adalah genap tahun ke-25 penglibatan mereka dalam industri muzik tanah […]

Lara kasih Ramlah

Posted 2 CommentsPosted in Berita

SEBELUM ini hampir saban tahun ada sahaja berita kononnya rumah tangga penyanyi yang popular dengan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Ramlah Ram bergolak. Itu semua gara-gara khabar angin yang mengatakan Ramlah dan suaminya yang bekerja sebagai Penerbit Sukan di RTM, Kamal Roslim, tidak lagi tinggal sebumbung dan Ramlah ketika itu menafikan sekeras-keras bahawa rumah […]

Kami Sudah Bercerai Mei Lalu – Kamal

Posted Leave a commentPosted in Berita

DIA bukan lagi isteri saya lagi. Kami tiada jodoh,’’ katanya lelaki bernama Kamal Roslim itu dalam bicara kami Khamis lalu. Satu kenyataan yang cukup mengejutkan kerana dua hari sebelumnya, Ramlah Ram mengumumkan tentang tuntutan cerai yang dibuatnya di Mahkamah Shah Alam pada Mei lalu. Sebaliknya pendedahan Kamal kepada Pancaindera berbeza sama sekali apabila lelaki itu mendakwa bahawa mereka bukan lagi suami isteri semenjak Mei lalu. Meminta Kamal untuk mengulas perkara itu, awalnya dia berkeras tidak mahu. Kata Kamal, dia menolak untuk bercerita kerana semuanya telah diperjelaskan oleh Ramlah sendiri.

Terima Ketentuan

Posted Leave a commentPosted in Berita

ARA di hati wanita ini tiada siapa dapat mengagak. Ibarat pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Entah apa yang bermain di benak fikirannya, bagaimana luluh jiwa ketika ini, namun penyanyi terkenal yang juga juara Bintang RTM 1985, Ramlah Ram tegar melemparkan senyuman meskipun bahtera rumah tangga yang dilayari hampir 10 tahun bagai retak menanti belah. Bagaimanapun, pelantun melodi berbisa Kau Kunci Cintaku, Selamat Jalan Romeo dan Zapin Yang Tinggal ini menyifatkan keputusannya adalah jalan terbaik.

Malam Gala 25 Tahun Ramlah, 9 Oktober ini!

Posted Leave a commentPosted in Berita

Pejam celik, pejam celik, kini sudah 25 tahun penyanyi Ramlah Ram berkecimpung dalam industri muzik tempatan. Selepas merangkul Juara Bintang RTM 1985, bakat nyanyian wanita bertubu genit ini ternyata masih disegani ramai pihak hingga kini. Dalam tempoh 25 tahun itu juga, pelbagai kejayaan yang dikecapinya termasuklah meraih Juara dalam Anugerah Juara Lagu 1988 (Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu), Penyanyi Wanita Popular (Anugerah Bintang Popular 1988), Artis Melayu Pertama menerima Anugerah Platinum Kembar Lima menerusi album Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu yang terjual melebihi 350,000, Penyanyi Wanita Popular (Anugerah Bintang Popular 1989) dan Pemenang Anugerah ‘Golden Voice’ di Vietnam 1997 semasa mewakili Malaysia ke Pesta lagu Asean.

Ramlah Ram Akhirnya Berpisah

Posted 2 CommentsPosted in Berita

Sudah lama cerita Ramlah Ram dan suami tinggal berasingan diperkatakan. Namun Ramlah seboleh-bolehnya menafikan keretakan rumah tangganya dengan penerbit sukan di RTM, Kamal Muslim. Rumah tangga yang dibina pada 3 Novemebr 2000 itu akhirnya menemu jalan buntu apabila mereka memfailkan perceraian bulan lalu. Ramlah mengakui desas-desus itu. Namun dia enggan mendedahkan lebih lanjut. Ramlah mengakui […]

“Jarang tinggal bersama” – Ramlah

Posted 2 CommentsPosted in Berita

SEPULUH tahun lalu, tanggal 3 November 2000 menjadi detik yang cukup membahagiakan hati wanitanya apabila bertukar status sebagai seorang isteri. Mengahwini lelaki yang dicintai, Kamal Roslim yang bertugas sebagai Penerbit Rancangan, Bahagian Sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan saat yang paling indah buatnya.

Ramlah Ram Rasa Terkilan

Posted Leave a commentPosted in Berita

Dewasa ini, siapa yang tidak kenal dengan penyanyi berbakat besar, Ramlah Ram. Lebih 25 tahun bergelumang dengan dunia seni, penyanyi yang cukup popular dengan lagu “Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi” serta “Selamat Jalan Romeo” itu sememangnya sangat berpengalaman. Namun di dalam keceriaannya menjalani kehidupan sebagai seorang anak seni, rupa-rupanya masih tersimpul sedikit rasa terkilan kerana cita-citanya untuk menjayakan sebuh konsert khusus buat para peminat masih belum berjaya direalisasikannya sehingga kini.

Ramlah Ram Sah Failkan Penceraian

Posted Leave a commentPosted in Berita

Teka-teki mengenai status penyanyi yang popular dengan lagu “Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu”, Ramlah Ram akhirnya terjawab apabila dia mengakui masih bergelar isteri kepada suaminya, Kamal Roslim, namun telah memfailkan permohonan cerai baru-baru ini. Ramlah, ketika ditemui di majlis sidang akhbar Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram di Restoran Rebung, Bangsar, kelihatan tenang walaupun enggan mengulas mengenai perkara tersebut dengan lebih lanjut.

Ramlah Ram Fail Cerai

Posted 1 CommentPosted in Berita

“Saya akui kami dalam proses perceraian. Sebenarnya sudah puas saya mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama suami (Kamal Roslim) sejak 10 tahun lalu namun apakan daya kami tidak sefahaman lagi dan tanpa sefahaman kami tidak boleh hidup bersama. “Jadi keputusan terbaik adalah berpisah. Justeru, baru-baru ini kami sepakat berpisah cara baik dan sudahpun memfailkan perceraian,” akui Ramlah Ram.

Ramlah Ram failkan perceraian

Posted Leave a commentPosted in Berita

KUALA LUMPUR 15 Jun – Penyanyi terkenal, Ramlah Ram hari ini mengakui dia dan suaminya, Kamal Roslim telah memfailkan perceraian pada Mei lalu. Enggan mendedahkan dengan lebih terperinci, dia yang ditemui pada majlis sidang akhbar Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram di sini bagaimanapun memberitahu, keputusan memfailkan perceraian itu adalah atas persetujuan bersama. Ramlah mendirikan […]

Ramlah Ram Sahkan Mahu Bercerai

Posted Leave a commentPosted in Berita

Desas desus keretakan rumah tangga penyanyi Ramlah Ram,45, yang dibina dengan Penerbit Sukan RTM, Kamal Roslim akhirnya terjawab apabila penyanyi itu hari ini mengesahkan untuk berpisah. Ramlah yang ditemui pada sidang media Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram berkata, kemelut rumah tangganya dengan Kamal tidak dapat diselamatkan lagi sehingga membuatkan mereka terpaksa mengambil keputusan tersebut.

Ralat Tidak Penuhi Permintaan Bapa

Posted 4 CommentsPosted in Berita

APABILA membicarakan kemampuan artis yang mampu mempertahankan kedudukan mereka dalam tempoh yang lama memang boleh dibilang dengan jari. Nama-nama seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Jamal Abdillah, Amy (Search), Datuk Sharifah Aini, Datuk Sheila Majid, Jay Jay, Aishah, Ziana Zain dan Datuk Siti Nurhaliza antara mereka yang utuh membina populariti.

Ramlah Ram Masih Bahagia

Posted 2 CommentsPosted in Berita, Highlights

PENAMPILAN merupakan satu perkara yang penting buat artis kerana dari situ bermulanya penilaian peminat terhadap mereka. Dari rambut sampai ke kasut semuanya harus digaya rapi cuma yang membezakan hanya jenama dan harga sahaja. Mengenali penyanyi Ramlah Ram juga, wanita ini tidak terlepas menjadi artis yang suka untuk bermain dengan gaya.

Ramlah Masih Isteri Kamal

Posted 1 CommentPosted in Berita

ASALKAN bertemu dengan penyanyi ini, pasti ramai yang akan bertanyakan soalan tentang rumah tangga serta suaminya. Meski berulang kali menafikan bahawa alam perkahwinannya berhadapan dengan masalah, penafian itu bagaikan tidak mampu menutup mulut mereka yang mengajukan pertanyaan sama.

Saya Masih Isterinya

Posted 2 CommentsPosted in Berita

PANTAS saja dia memberikan jawapan setiap kali ditanya mengenai status perkahwinannya. Barangkali sudah terbiasa atau sudah naik mual agaknya dengan keadaan itu menyebabkan Ramlah Ram, 43, segera mematikan pertanyaan mereka yang ingin mengetahui kisah rumah tangganya yang dikatakan sudah berakhir.

Ramlah Ram Masih Diminati

Posted 1 CommentPosted in Berita

Meluahkan rasa kecewanya terhadap industri di negara ini, bagi empunya nama Ramlah Ram ini mengakui semangatnya kian pudar untuk merakamkan album dengan keadaan industri yang tidak menentu. Walaupun 11 tahun menyepi tanpa sebarang album, namun Ramlah mengakui dirinya masih mempunyai pengikut setia yang menggelarkan diri mereka RRG (Ramlah Ram Group).

RRG Bukti Cinta Peminat Ramlah Ram

Posted 1 CommentPosted in Aktiviti RRG, Berita, Highlights

Bertuah sungguh penyanyi Ramlah Ram kerana mempunyai sekumpulan peminat setia yang sentiasa bersikap prihatin terhadap segala perkembangan yang berkaitan dengan diri serta aktiviti seni suaranya. Dengan usaha dan kerja keras mereka inilah, akhirnya tertubuhnya kelab peminat yang dinamakan Ramlah Ram Group (RRG). Dikendalikan ahli jawatan kuasa (AJK) induk seramai 7 orang, diam tak diam, sudah 3 tahun RRG ditubuhkan.