banner_2011_rr_thumb

Perancangan Ramlah Ram buat 2011

Posted on 12 CommentsPosted in Berita

Akur dengan persaingan yang semakin sengit, Ramlah sedar perubahan baru haruslah dilakukan demi menarik minat generasi sekarang agar nama beliau terus relevan dalam industri muzik tempatan. Bekerjasama dengan anak muda yang kreatif tetapi belum mempunyai nama besar bukanlah sesuatu yang jangkal atau mustahil untuk dilaksanakan. Bagi Ramlah yang sentiasa berfikiran terbuka dan gemar mencuba sesuatu yang baru, beliau tidak pernah memandang ringan terhadap bakat anak-anak muda ini.

utopia_rr

UTOPIA Ramlah Ram

Posted on 2 CommentsPosted in Berita

PENGHIJRAHAN terindah dalam utopianya. Ramlah Ram kini lebih manis bertudung dan drastik memimpin perubahan dalam ketrampilan diri.Alasannya, tiba masa buat penyanyi sepertinya yang sudah puas melalui zaman populariti lebih dua dekad. Anak jati Muar ini menyimpan ceritera itu untuk hidupnya.Mendengar rintihan penyanyi Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Selamat Jalan Romeo, […]

radio_thumb

Ramlah Kecewa Dengan Stesen Radio

Posted on 1 CommentPosted in Berita

“Lagu saya masih diterima dan diminati tetapi pelik kenapa ada stesen radio double standard, tidak mahu menerima lagu saya. Industri muzik kita tak macam dulu. Kalau lagu tak diputarkan di radio memang susahlah nak promosi album, tak tahulah pula kenapa tiba-tiba saya terbuka hati untuk rakamkan album baru.

ktv_thumb

Saya Masih Isterinya

Posted on 2 CommentsPosted in Berita

PANTAS saja dia memberikan jawapan setiap kali ditanya mengenai status perkahwinannya. Barangkali sudah terbiasa atau sudah naik mual agaknya dengan keadaan itu menyebabkan Ramlah Ram, 43, segera mematikan pertanyaan mereka yang ingin mengetahui kisah rumah tangganya yang dikatakan sudah berakhir.

cun

Ramlah Ram Masih Diminati

Posted on 1 CommentPosted in Berita

Meluahkan rasa kecewanya terhadap industri di negara ini, bagi empunya nama Ramlah Ram ini mengakui semangatnya kian pudar untuk merakamkan album dengan keadaan industri yang tidak menentu. Walaupun 11 tahun menyepi tanpa sebarang album, namun Ramlah mengakui dirinya masih mempunyai pengikut setia yang menggelarkan diri mereka RRG (Ramlah Ram Group).

ketentuan_review

Review Album Ketentuan by Persadatinta

Posted on 1 CommentPosted in Album Review, Highlights

Memuatkan sepuluh lagu termasuk lagu terbaik Hits Satu Musim Ke 5, 2008 lalu, album ini masih lagi berkonsepkan pop sesuai dengan imej Ratu Pop Melayu yang pernah diberikan pada penyandang gelaran Penyanyi Wanita Popular 1988 – 1989 di Anugerah Bintang Popular ini. Setelah single ‘Maharaja’ diterima ramai diikuti dengan lagu ‘Ketentuan’ yang menjadi siulan ramai, album ini diterbitkan oleh pihak FMC dengan menggunakan komposer-komposer yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dengan mutu lagu-lagu yang pernah mereka hasilkan.

ketentuan_rr_thumb

‘Ketentuan’ Ramlah Ram

Posted on Leave a commentPosted in Berita

Gabungan Ramlah dan komposer Aidit Alfian mencuba sesuatu yang baru di dalam album ini juga membuahkan hasil yang baik. Lagu Radang Rindu (lirik nukilan AD Samad) dihasilkan dengan menggunakan muzik orkestra secara ‘live’. Aidit turut menyumbang sebuah lagi lagu yang berentak etnik fusion yang diberi judul Aku Dengan Dunia.

ramlah_muda_thumb

Ramlah Ram Berangan Muda?

Posted on Leave a commentPosted in Berita

PERTEMUAN dengan bekas juara Bintang RTM 1985 baru-baru itu memberi impak yang sedikit berbeza. Semuanya gara-gara imej barunya yang lebih berani dan nampak muda. Gaya potongan rambutnya diubah pendek sehingga paras telinga sesuai dengan fesyen terkini. Malah, busana yang disarung pada tubuhnya juga lebih bersifat moden tetapi masih feminin. Kala diusik dirinya tampak lebih muda […]