‘Ketentuan’ Ramlah Ram

Posted Leave a commentPosted in Berita

Gabungan Ramlah dan komposer Aidit Alfian mencuba sesuatu yang baru di dalam album ini juga membuahkan hasil yang baik. Lagu Radang Rindu (lirik nukilan AD Samad) dihasilkan dengan menggunakan muzik orkestra secara ‘live’. Aidit turut menyumbang sebuah lagi lagu yang berentak etnik fusion yang diberi judul Aku Dengan Dunia.

Ramlah Ram Berangan Muda?

Posted Leave a commentPosted in Berita

PERTEMUAN dengan bekas juara Bintang RTM 1985 baru-baru itu memberi impak yang sedikit berbeza. Semuanya gara-gara imej barunya yang lebih berani dan nampak muda. Gaya potongan rambutnya diubah pendek sehingga paras telinga sesuai dengan fesyen terkini. Malah, busana yang disarung pada tubuhnya juga lebih bersifat moden tetapi masih feminin. Kala diusik dirinya tampak lebih muda […]

Rumahtangga Penyanyi Ramlah Ram Bergolak Lagi?

Posted Leave a commentPosted in Berita

Buat kali kedua rumahtangga penyanyi yang pernah meletop dengan lagu Kau Kunci Cintaku, Ramlah Ram (43 tahun) bergolak lagi. Krisis rumahtangga Ramlah Ram dengan suaminya, Kamal Roslim dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung dan tidak sehaluan lagi selepas 8 tahun berkahwin. Mengikut sumber, Kamal (39 tahun) dikatakan menyewa sebuah rumah bujang di kondominium Pantai Hill Park, Bangsar sementara Ramlah tinggal seorang diri di Kota Kemuning, Shah Alam.

Hits1 Perlu Lebih Impak

Posted Leave a commentPosted in Berita

KURANG impak! Itulah yang boleh dikatakan mengenai program Hits 1 yang telah pun menutup tirai musim kelima malam kelmarin di Stadium Negara. Sungguhpun telah menemui penonton sebanyak lima musim tetapi prestijnya dalam menarik peminat muzik untuk menghayati sepenuhnya program ini masih kurang memberangsangkan.

Keputusan Muzik-Muzik Separuh Akhir Kategori Irama Etnik Kreatif

Posted Leave a commentPosted in Berita

Tahniah buat 3 pencipta lagu dan lirisis untuk 3 buah lagu yang terpilih ke Anugerah Juara Lagu 22. Tiga buah lagu tersebut adalah Samudera, dendangan Nora ciptaan Johan Nawawi dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya, Kasihnya Balkis nyanyian Aishah ciptaan oleh Adnan Abu Hassan serta lirik oleh Moharis Yaakup, dan Dirgahayu ciptaan Eddie Hamid dan lirik oleh Hairul Anuar Haron yang dipersembahkan oleh Ramlah Ram.