Artis Suntik Tenaga, Glamor

Posted Leave a commentPosted in Berita

PARTI Selebriti Kosmo! – One Drop Perfumes 2009 yang berlangsung pada malam Jumaat lalu di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur meriah bukan sahaja dengan kehadiran lebih 50 artis tetapi juga dengan barisan penyanyi yang menyumbangkan suara mereka. Membuka tirai persembahan ialah penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura. Ditemani suami tercinta, Omar Sharif Christopher ke parti yang […]

Sinar Stesen Orang Matang

Posted Leave a commentPosted in Berita

Jangan diingatkan muzik retro tiada yang berminat. Buktinya, jumlah pendengar Sinar telah bertambah lebih 1.2 juta dalam tempoh 2008 hingga 2009, menjadikan jumlah pendengarnya seramai 3.82 juta. Buat pengurus rancangan Rostam Said, kejayaan Sinar walaupun membanggakan namun dia tahu masih terdapat banyak ruang untuk memperbaiki pencapaian mereka. “Sejak kecil saya diajar jangan lalai dibuai pujian. […]

Ramlah Ram, Jay Jay dan Aznil

Posted Leave a commentPosted in Berita

DALAM leka menikmati aroma mochachino, telinga CAK tiba-tiba menangkap perbualan mengenai pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi yang dikatakan bikin hal di sebuah majlis. Khabarnya tindakan Aznil meninggalkan acara berkenaan tanpa mengumumkan masih ada lagi persembahan, walhal Ramlah Ram, Jay Jay dan Ameng Spring yang ada di belakang pentas menunggu nama mereka dipanggil untuk menghiburkan […]

‘Cukuplah Berdiskriminasi’ Ramlah Ram

Posted Leave a commentPosted in Berita

Ketika single “Ketentuan” mula diperdengarkan dicorong radio tempatan awal 2008, ramai yakin penyanyi yang pernah mencipta fenomena ketika akhir 80-an itu bakal mencipta kembali zaman kegemilangannya. Populariti yang diraih lagu “Ketentuan” bukan sedikit, namun pada awal kemunculannya, Ramlah Ram terpaksa berdepan perkara paling menyakitkan bagi seorang anak seni – apabila ada stesen radio enggan memainkan lagu itu atas alasan tiada permintaan peminat.

‘Ketentuan’ Ramlah Ram

Posted Leave a commentPosted in Berita

Gabungan Ramlah dan komposer Aidit Alfian mencuba sesuatu yang baru di dalam album ini juga membuahkan hasil yang baik. Lagu Radang Rindu (lirik nukilan AD Samad) dihasilkan dengan menggunakan muzik orkestra secara ‘live’. Aidit turut menyumbang sebuah lagi lagu yang berentak etnik fusion yang diberi judul Aku Dengan Dunia.

Semuanya Hanya Keranamu

Posted Leave a commentPosted in Aktiviti RRG

Majlis Sambutan Hari Ibu dan Bapa anjuran Restoran Sri Melayu (RSM) Hari Sabtu 16 Mei 2009 lalu berlangsung Majlis Sambutan Hari Ibu dan Bapa anjuran Restoran Sri Melayu (RSM) yang mengabadikan sambutan buat semua ‘parents’ yang selama ini banyak berjasa pada anak-anak mereka. Majlis juga dijayakan oleh Nabil Raja Lawak dan Diva Ramlah Ram. Walaupun […]

Ramlah Ram Berangan Muda?

Posted Leave a commentPosted in Berita

PERTEMUAN dengan bekas juara Bintang RTM 1985 baru-baru itu memberi impak yang sedikit berbeza. Semuanya gara-gara imej barunya yang lebih berani dan nampak muda. Gaya potongan rambutnya diubah pendek sehingga paras telinga sesuai dengan fesyen terkini. Malah, busana yang disarung pada tubuhnya juga lebih bersifat moden tetapi masih feminin. Kala diusik dirinya tampak lebih muda […]

Rumahtangga Penyanyi Ramlah Ram Bergolak Lagi?

Posted Leave a commentPosted in Berita

Buat kali kedua rumahtangga penyanyi yang pernah meletop dengan lagu Kau Kunci Cintaku, Ramlah Ram (43 tahun) bergolak lagi. Krisis rumahtangga Ramlah Ram dengan suaminya, Kamal Roslim dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung dan tidak sehaluan lagi selepas 8 tahun berkahwin. Mengikut sumber, Kamal (39 tahun) dikatakan menyewa sebuah rumah bujang di kondominium Pantai Hill Park, Bangsar sementara Ramlah tinggal seorang diri di Kota Kemuning, Shah Alam.

Keputusan Muzik-Muzik Separuh Akhir Kategori Irama Etnik Kreatif

Posted Leave a commentPosted in Berita

Tahniah buat 3 pencipta lagu dan lirisis untuk 3 buah lagu yang terpilih ke Anugerah Juara Lagu 22. Tiga buah lagu tersebut adalah Samudera, dendangan Nora ciptaan Johan Nawawi dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya, Kasihnya Balkis nyanyian Aishah ciptaan oleh Adnan Abu Hassan serta lirik oleh Moharis Yaakup, dan Dirgahayu ciptaan Eddie Hamid dan lirik oleh Hairul Anuar Haron yang dipersembahkan oleh Ramlah Ram.