Fan Club

Apakah Makna RRG?

“RRG” singkatan yang bermaksud Ramlah Ram Group. Kelab Peminat Ramlah Ram ini telah ditubuhkan secara tidak rasminya sekitar akhir tahun 2007 dan didaftarkan secara rasmi pada tahun 2010 dengan nombor pendaftaran ROS 0116-10-PER. Diwakili oleh kumpulan peminat Ramlah Ram dari seluruh Malaysia dan Singapura, RRG kini merupakan salah satu kelab peminat yang paling aktif dengan aktiviti bersama penaungnya sendiri, Ramlah Ram.

Dari tahun 2007 sehingga kini, RRG telah melakukan lebih 40 aktiviti bersama Ramlah Ram di seluruh negara. Komitmen yang diberikan oleh Ramlah Ram terhadap peminatnya juga tidak berbelah bagi dan kami selaku RRG amat menghargai pengorbanan masa dan tenaga serta jasa beliau dalam mengembangkan sayap dan memperkasakan lagi nama dan kekuatan RRG.

Sehingga kini RRG mempunyai seramai 900 lebih ahli berdaftar di laman sosial facebook. Untuk menjadi ahli RRG di sana, sila sertai group ini di sini.

Matlamat Penubuhan RRG

  1. Mengeratkan silaturrahim dan mendekatkan lagi hubungan Ramlah Ram dan peminatnya.
  2. Mewujudkan suasana muhibbah di kalangan peminat Ramlah Ram dan menyokong konsep Satu Malaysia dengan menyatupadukan semua kaum di Malaysia di mana peminat yang meminati Ramlah Ram adalah dari pelbagai bangsa.
  3. Membantu, memasarkan dan mempromosikan segala aktiviti berkaitan dengan Ramlah Ram seperti promosi album, undian lagu popular dan pertunjukkan pentas di serata negeri.
  4. Menganjurkan aktiviti riadah dan sukan antara ahli RRG dan Ramlah Ram
  5. Memperkukuhan lagi kedudukan Ramlah Ram sebagai penyanyi wanita yang disegani sebagai penyanyi yang mampu bertahan sepanjang zaman.

Logo RRG

Maksud Logo RRG

  1. Tiara – Melambangkan status Ramlah Ram sebagai artis terkenal yang layak digelar sebagai ratu pop dan ikon industri muzik Malaysia.
  2. Bentuk Hati – bermaksud identiti atau ‘trademark’ Ramlah Ram.
  3. Corak Kerawang – Bentuk Hati bermaksud kekuatan seorang penyanyi wanita yang tabah menempuh segala rintangan sepanjang lebih 25 tahun menjadi penghibur dan didukung oleh sokongan yang tidak berbelah oleh peminat.
  4. Kain Rentang – Tertera ‘Ramlah Ram Group’ mewakili nama pertubuhan kelab peminat Ramlah Ram – Ia ‘membaluti’ bentuk hati dengan maksud sokongan peminat pada kerjaya seni Ramlah Ram yang tidak berbelah bagi.
  5. Warna Merah Hati (Pink) – Keutuhan, kekuatan dan keberanian Ramlah Ram dengan perjuangannya dalam bidang seni.
  6. Warna Putih – Melambangkan kesucian dan kemurnian pertubuhan ini dalam menyokong kerjaya seni Ramlah Ram.

Ahli Jawatan Kuasa RRG bagi tahun 2010/2011

  1. Pengerusi
    Suzaimi bin Soaib
  2. Timbalan Pengerusi
    Mohamad Fairozee bin Mohd Hashim
  3. Setiausaha
    Mohd Fauzi @ Amirul bin Omar
  4. Bendahari
    Norazian Binti Nordin
  5. Ahli Jawatankuasa Kawasan / Negeri
    • Mohd Zaidi Bin Mustafar – Kawasan Tengah (Selangor/Kuala Lumpur/Putrajaya)
    • Mohd Fazli Bin Mat Desa – Kawasan Utara (Perlis/Kedah/Pulau Pinang/Perak)
    • Haliza Binti Mohamad – Kawasan Pantai Timur (Pahang/Terengganu/Kelantan)
    • Nor Sallehuddin Bin Shamsudin – Kawasan Selatan (Negeri Sembilan/Melaka/Johor)
    • Timothy Wong Leh Han – Kawasan Malaysia Timur (Sarawak)
    • Frisco Bin Nobilly – Kawasan Malaysia Timur (Sabah)
    • Mohd Naser Bin Ahmad & Azhar Raz – Kawasan /Negara (Singapura)

Senarai Aktiviti-aktiviti  RRG

2010

  1. Kunjungan ahli-ahli RRG ke pengkebumian ayahda Ramlah Ram, Allahyarham Encik Ram bin Mohamad di Muar, Kersang. Semoga roh beliau diletakkan bersama mereka-mereka yang beriman dan dirahmati oleh-Nya. (Januari).
  2. Kunjungan RRG bersama Ramlah Ram ke Hospital Sungai Buloh melawat AJK RRG yang sakit (4 March).
  3. Majlis Sambutan Ulang Tahun Ramlah Ram di Restoran Tupai Tupai, Kuala Lumpur (19 March)
  4. Karnival Bank Rakyat di Tanjung Mas, Muar (18 April)
  5. Konsert Pra Ai Minnal RTM di Angkasapuri (11 April)
  6. Konsert Merentas Zaman di Angkasapuri (2 April)
  7. Karnival LKSA/Sinar FM, Shah Alam (16 May)
  8. Majlis Sidang Akhbar Majlis Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram di Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur (15 Jun)
  9. Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram di Impiana Hotel KLCC (9 Oktober)

2009

  1. Konsert Zoom in di RTM (2 Januari)
  2. Majlis Sambutan Ulang Tahun Ramlah Ram di RedBox Sogo, Kuala Lumpur (21 Februari)
  3. Rakaman Zoom In di Studio Angkasapuri (March)
  4. Sambutan Hari Ibu & Bapa di Restoran Seri Melayu (RSM) (16 Mei)
  5. Majlis Pelancaran album ‘Ketentuan’ di Tasik Mines Resort (18 Jun)
  6. Promosi-promosi album Ketentuan serata Malaysia (Selayang Mall, PKNS Shah Alam, The Store Sungai Buloh, Giant Bandar Kinrara Puchong, Metro Kajang & SACC Shah Alam).
  7. Laman Santai Istana Budaya (Julai)
  8. Rakaman Bintang Pujaan di Studio Finas, Hulu Klang (Julai)
  9. Rakaman Persona Bintang di Angkasapuri (Julai)
  10. Rumah Terbuka Raya Santai di Menara KL (September)
  11. Majlis Berbuka Puasa bersama Ramlah Ram di SASC Mall (September)
  12. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri RRG (17 Oktober)
  13. Majlis Rumah Terbuka Azwan Haji Ali (21 Oktober)
  14. Promosi Muzik @ 10 Radio Muzik (26 Oktober)
  15. Konsert Laman Santai di Termeloh (November)
  16. Majlis Pelancaran Album MTV Karaoke ‘Ketentuan’ di RedBox Sogo, Kuala Lumpur (Disember)
  17. Program Santai Seni Istana Budaya (Disember)

2008

  1. Showcase Juara Lagu (Januari)
  2. Anugerah Juara Lagu ke-22 di Stadium Tertutp Bukit Jalil (27 Januari)
  3. Majlis Sambutan Ulang Tahun Ramlah Ram di Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur (22 Februari)
  4. Konsert Hot Jam AmCorp Mall, Petaling Jaya (23 Februari)
  5. Pertandingan Akhir Hits1 di Stadium Negara (23 March)
  6. Majlis berbuka Puasa di Sungei Wang (18 September)
  7. Show Hari Raya di Sungei Wang (18 September)
  8. Rakaman Zoom In di Studio Angkasapuri (September 2009)
  9. Konsert Jom Heboh TV3 Shah Alam (28 Oktober)

2007

  1. Separuh Akhir Juara Lagu ke22 Kategori Pop Etnik Kreatif (13 November)
  2. Konsert Hot Big Jam di Pulau Pinang (1 Disember)
  3. Photoshoot cover album ‘Ketentuan’ (17 Disember)

14 thoughts on “Fan Club

  1. sya juga merupakan seorg peminat setia Ramlah Ram.sya ingin sangat menyertai RRG.Bila penyertaan secara online yg di war2kan sebelum ini akan dilancarkan?

  2. sya mmg peminta setia ramlah ram……alhamdulillah dgn perubahan ramlah ram dgn bertudung akan terus bergiat dlm bidang seni lg………..luv u kak ramlah ram….

  3. Such a long while I sudah tak masuk laman RRG ini. Apa khabar semua.

    Rasanya laman ini tak banyak update sebab sekarang ni dah bulan Mac 2011. Harap RRG mempertingkatkan aktiviti terutamanya di luar Kuala Lumpur.

    Promosi untuk Ramlah juga harus diprhebatkan.

    Wish all the best.

  4. Saya ingin mencadangkan kepada President dan ahli kelab RRG untuk menulis surat kepada SONY/BMG agar dapat mencetak dan mengedarkan semula kesemua 12 album Ramlah Ram dalam bentuk CD dan membungkusnya dalam bentuk BOX SET, Berikut adalah album Ramlah Ram yang saya merasakan perlu dicetak kembali:

    1986 – Sabarlah Sayang
    1988 – Kau Kunci Cintaku (dalam hatimu)
    1989 – Cintaku Hanyut Dilautan Sepi
    1990 – Duri Dalam Cinta
    1990 – Lagu-Lagu Hits Ahmad Nawab
    1991 – Kau Penawar Segala Dukaku
    1992 – Di Ambang Pintu Kasih
    1993 – Nadi Cinta
    1994 – Dangdut
    1995 – Ramlah Ram
    1997 – Cinta Di Musim Dangdut
    1998 – Sekeping Cinta Sehampar Janji

    Kepada Admin RRG club dan president serta ahli-ahli yang lain, yakinkan pihak SONY/BMG untuk mencetak semula dalam bentuk original, jualan album boleh dibuat di konsert Ramlah atau kepada peminat Ramlah atau di kedai-kedai muzik. Saya yakin pihak SONY/BMG akan mempertimbangkan permintaan peminat Ramlah Ram!!
    Perkara sedemikian bukanlah baru because fans Francissca Peter pernah meminta/menulis surat/email kepada Warner Music untuk mencetak semula dan mengedarkannya dalam bentuk BOX SET. So this is the right time for Ramlah Ram fans to write/email letters to SONY/BMG to reprint and release all 12 amazing albums Ramlah Ram had recorded in her prime years!!

    Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *