Album Review

Review album Nadi Cinta by MTB

ALBUM kontroversi Ramlah Ram – Nadi Cinta  berada di pasaran pada  Mei 1993 selepas tertangguh hampir tiga bulan.  Tidak banyak pembaharuan di dalam ini – sama seperti album terdahulu Ramlah bersama Ahmad Nawab.

Nadi Cinta membolehkan pendengar membezakan suara Ramlah ketika  muncul dengan album sulungnya Sabarlah Sayang, lapan tahun lalu dengan penyampaiannya pada 1992 ketika album ini dirakamkan. Jika diamati lima lagu baru dan lima  lagu yang lama – tidak banyak bezanya.  Suara Ramlah tetap seperti dahulu nyaring, padu dan bertenaga.Hanya di dalam album ini, Ramlah ` pandai’ menggayakan suaranya untuk disesuaikan dengan melodi suaranya kerana sudah matang ketika berada di studio.

Nadi Cinta ciptaan Ahmad Nawab yang menjadi judul album ini adalah lagu yang pernah dipopularkan oleh Jamal Abdillah. Ternyata Ramlah dapat membawa lagu ini dengan baik setanding dengan Jamal. Bagaimanapun, pemilihan Nadi Cinta sebagai judul album ini kurang sesuai kerana ada lagu baru lain yang boleh dijadikan judulnya.Empat lagi lagu baru di dalam album ini ialah Doa Ibu, Burung Dalam Sangkar, Tangisku Rinduku dan Aries.

Mendengar kelima-lima lagu baru dalam album ini, ternyata Ramlah memang serasi dengan sentuhan Ahmad yang telah meletakkan namanya sebagai artis wanita popular dalam era 80 dan 90-an. Album terbitan Nawab Production dan diedarkan oleh Warner Music ini sesuai untuk mereka yang masih merindui gaya Ramlah dengan sentuhan Ahmad Nawab.

Source: Mesin Taip Buruk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.