Album Review

Review Album Ramlah Ram by MTB

PADA 1995 Ramlah Ram kembali merakamkan lagu berirama pop selepas kejayaan Dangdut. Album yang menggunakan namanya – Ramlah Ram sebagai judulnya nampak lebih segar berbanding Di Ambang Pintu Kasih. Album 10 lagu ini menggunakan M Nasir, Fauzi Marzuki, Jay Jay, Ramli MS dan Salman.

M Nasir dan Fauzi Marzuki yang pernah terbabit dalam pembikinan Di Ambang Pintu Kasih sudah mengenali kekuatan vokal Ramlah untuk menghasilkan lagu dalam album ini.

Banyak lagu bernada tinggi menghiasi album terbitan BMG ini. Malangnya, percubaan mereka kali ini tidak juga berhasil menyaingi kehebatan lagu ciptaan Ahmad Nawab. Pengaruh Ahmad Nawab terhadap Ramlah cukup kuat hingga sukar dipisahkan daripada penyanyi itu.

Keliru ciptaan Fauzi Marzuki dan lirik Lukman S yang diletakkan sebagai ‘killer song’ dalam album gagal mencuri halwa telinga pendengar. Sebaliknya, Keangkuhan ciptaan Salman dan lirik Huzz mendapat tempat di hati pendengar.

Source: Mesin Taip Buruk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.