Review album Dangdut by MTB

Posted on Posted in Album Review

KEGAGALAN Di Ambang Pintu Kasih menambat hati peminat seni suara ditebus Ramlah Ram dengan album berirama dangdut – Dangdut yang diterbitkan pada 1994. Lagu begini memang menjadi ‘makanan’ Ramlah sejak belum bergelar artis rakaman lagi.

Demam irama dangdut yang melanda negara pada waktu itu dimanfaat sepenuhnya oleh BMG Music dengan menerbitkan Dangdut. Kekuatan dan lenggok suara Ramlah yang sesuai dengsn lagu berirama dangdut menjadi album ini hits di pasaran.

Album 10 lagu ini menaikkan semul nama Ramlah selepas agak suram apabila Di Ambang Pintu Kasih.Lagu Selamat Jalan Romeo menjadi pujaan ramai dan diminati hingga kini. Album ini membuktika Ramlah adalah penyanyi serba boleh yang mampu membawa apa saja jenis irama lagu.

Source: Mesin Taip Buruk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *