Album Review

Review album Sekeping Cinta Sehampar Janji by MTB

SEKEPING Cinta Sehampar Janji – album solo studio ke-11 Ramlah Ram pada 1998 mengesahkan bahawa beliau adalah seorang penyanyi serba boleh. Apa saja lagu boleh dibawa dengan baik dan berkesan. Ini dibuktikan dalam album ini yang menampilkan keseluruhannya konsep album berirama Malaysia dan Melayu asli.

Album terbitan BMG Music ini mengandungi 10 lagu Melayu pelbagai rentak seperti zapin, deli dan masri. Kehebatan album ini bukan saja daripada kekuatan vokal dan lengguk suara Ramlah, malah lirik dan susunan muziknya. Penampilan Ramlah melalui album ini memperlihatkan kematangannya dalam arena seni suara.
Ramli MS,M Nasir, Saari Amri, Herman Tino dan Bob Rezal berhasil menjadikan Sekeping Cinta Sehampar Janji – sebuah album berirama Malaysia yang bermutu tinggi.
Ramlah turut berpadu suara dengan M nasir dalam lagu rakyat Perlis – Ala Canggung dengan susunan muzik lebih segar tanpa mencacatkan melodi asalnya. Begitu juga dengan lagu Gurindam Jiwa yang digubah muziknya – menjadikannya lebih kontemporari.

Source: Mesin Taip Buruk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.