1999 Koleksi Terbaik

Posted on Posted in Discography, Studio Album

Info Album

Album Koleksi Terbaik ini memuatkan lagu-laguĀ hit Ramlah Ram sepanjang kerjayanya yang telah melangkau lebih 15 tahun sebagai anak seni. Terdapat 2 buah lagu baru juga turut diselitkan dalam album kompilasi ini. Album ini merupakan album terakhir Ramlah Ram bersama BMG (sekarang Sony Music) yang memuatkan lagu baru.

Album ini menampilkan juga single terbaru ciptaan komposer tersohor Adnan Abu Hassan menerusi lagu ‘Kasih Tak Berpinggir’ dan ini adalah satu-satunya lagu ciptaan komposer unggul ini yang dirakamkan oleh Ramlah Ram setakat ini. Setakat hari ini album ini terjual melebihi 50,000 unit. Album ini juga merintis satu lagi pembaruan dari segi kualiti kulit album Ramlah Ram yang menampilkan beberapa rekaan grafik yang mula popular pada akhir 90-an ini.

Senarai Lagu

  1. Jendela Dikamar Usang (4:39)
    (Azmeer)
  2. Kau Kunci Cintaku (dalam hatimu) (5:14)
  3. Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi (3:41)
  4. Duri Dalam Cinta (4:10)
  5. Apa Khabar Mu Di Sana (3:50)
  6. Menanti Hatimu Terbuka (4:18)
  7. Keangkuhan Mu (5:19)
  8. Sekeping Cinta Sehampar Janji (4:43)
  9. Diam Diam Jatuh Cinta (3:18)
  10. Ku Terbakar Kepanasan Conta Mu (3:29)
  11. Selamat Jalan Romeo (4:32)
  12. Madah Dan Kerenah (4:46)
  13. Kau Penawar Segala Duka Ku (4:48)
  14. Kasih Tak Berpinggir (5:49)
    (Adnan Abu Hassan)