1998 Sekeping Cinta Sehampar Janji

Posted on Posted in Discography, Studio Album

Album berkonsepkan Pop Etnik yang pertama sepanjang karier Ramlah Ram bermula. Diterbitkan pada tahun 1998 ketika irama mula mendominasi arena muzik tanahair. Hadir dengan sembilan lagu menarik pelbagai rentak etnik dan satu lagu bonus pop ciptaan Saari Amri. Diterbitkan oleh Herman Tino, album ini sarat dengan elemen etnik yang ‘asli’ termasuk lagu berentak ghazal, zapin, joget dan lagu asli.

Album ini telah meletakkan nama Ramlah Ram sebagai salah seorang calon akhir kategori ‘Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita)’ dan juga ‘Album Pop Etnik Terbaik’. Antara lagu-lagu popular dalam album ini adalah ‘Sekeping Cinta Sehampar Janji’, ‘Kekasih’, ‘Antara Kasih, Sayang & Cinta’, ‘Gurindam Jiwa’, ‘Ala Canggung’ (menampilkan Sifu M Nasir) dan finalist Juara Lagu 98 kategori Etnik Kreatif ‘Zapin Yang Tinggal’.

Senarai Lagu

  1. Sekeping Cinta Sehampar Janji (4:42)
    (Herman Tino)
  2. Satria (4:45)
    (Bob Rezal)
  3. Kekasih (3:39)
    (Herman Tino)
  4. Zapin Yang Tinggal (4:26)
    (Herman Tino)
  5. Ala Canggung (3:33)
    (Lagu Rakyat)
  6. Antara Kasih, Sayang & Cinta (4:02)
    (Herman Tino)
  7. Kerana Janji (4:45)
    (Herman Tino)
  8. Jujur Ku Katakan (3:28)
    (Herman Tino)
  9. Gurindam Jiwa (4:30)
    (Lagu Rakyat)
  10. Khabar Yang Hiba (4:05)
    (Saari Amri)