1994 Dangdut

Posted on Posted in Discography, Studio Album

Info Album

Album kedua yang diterbitkan oleh BMG Muzik  pada tahun 1994 ini merupakan percubaan berani Ramlah untuk tampil dengan album berkonsepkan dangdut sepenuhnya. Diterbitkan oleh Mohar , album ini seterusnya mencetuskan fenomena baru bila lagu-lagu berentak dangdut mula menjadi trend muzik Malaysia ketika ini.

Selepas lagu ‘Selamat Jalan Romeo’ menjadi siulan barulah muncul artis-artis seperti Amelina, Mas Idayu, Sheeda dan ramai lagi untuk menyemarakkan lagi ‘demam dangdut’ yang dicetuskan Ramlah Ram ini. Lagu ini juga telah mengembalikan kegemilangan Ramlah seiring ketika zaman bersama Dato’ Ahmad Nawab dahulu dan seterusnya melayakkan Ramlah Ram ke final Anugerah Juara Lagu 1994 untuk kali pertama selepas lima tahun (kali terakhir pada 1989) menerusi kategori Irama Malaysia.

Sambutan menggalakkan terhadap album ini juga melayakkan Ramlah Ram menerima anugerah Platinum Disc kerana terjual melebihi 50,000 unit selepas 6 bulan berada di pasaran. Sehingga kini album ini terjual hampir 150,000 unit dan diulang cetak jualan oleh pihak Sony Music Malaysia pada tahun 2007 dengan harga istimewa.

Selain lagu ‘Selamat Jalan Romeo’, lagu ciptaan Iwan ‘Sampai Bila Ku Ingat’, ‘Berikan Simpati’ (lagu tema Kempen ‘Jangan Buang Bayi’), ‘Rindu Belaian’ dan ‘Bagaikan Satu Mimpi’ juga menjadi siulan sepanjang demam dangdut melanda industri muzik Malaysia sehingga penghujung tahun 1999.


Senarai Lagu

  1. Selamat Jalan Romeo (4:40)
    (Toyak / Toyak & Nabila)
  2. Berikan Simpati (5:30)
    (Mohar)
  3. Hasrat (4:50)
    (Mohar / Anuar)
  4. Kepulanganmu (5:30)
    (Mohar / Brogo)
  5. Bagaikan Suatu Mimpi (4:13)
    (Rashid Ram)
  6. Sampai Bila Ku Ingat (4:30)
    (Iwan / Juwie)
  7. Fikirkan Bersama (4:24)
    (Mohar / Brogo)
  8. Desaru (5:20)
    (Mohar)
  9. Rindu Belaian (6:20)
    (Toyak / Juwie)
  10. Pedoman (Suka Duka) duet bersama Shafiei Ram (4:51)
    (Mohar)