1993 – Nadi Cinta

Posted on Posted in Discography, Studio Album

Album ini memuatkan 5 lagu baru ‘lebihan’ dari lagu-lagu yang dirakamkan ketika bersama Nawab Production untuk album-album seperti ‘Lagu Hits Ahmad Nawab’ dan ‘Kau Penawar Segala Dukaku’. Diedarkan pada tahun 1993 iaitu lebih kurang 3 bulan selepas album ‘Di Ambang Di Pintu Kasih’ diedarkan oleh pihak BMG Music pada penghujung 1992. Album ini diedarkan oleh Warner Music Malaysia dan menerusi album ini juga peminat Ramlah Ram dapat mendengar semula antara lagu-lagu yang popular dari album pertamanya ‘Sabarlah Sayang’  termasuk ‘Aku Pun Demikian’ dan ‘Di Hati Ini’.

Strategi Nawab Production menerbitkan album ini juga mengundang kontroversi antara dua gergasi syarikat rakaman iaitu BMG Music dan Warner Music Malaysia malah timbul isu di mana Ramlah Ram sendiri tidak menerima sebarang royalti walaupun album ini terjual melebihi 30,000 unit. Namun dalam kontroversi yang melanda, lagu-lagu baru yang dimuatkan dalam album ini iaitu ‘Doa Ibu’ dan ‘Tangisku Rinduku’ telah mendapat permintaan yang tinggi dikalangan peminat untuk disiarkan di radio. Lagu ‘cover version’ ‘Nadi Cinta’ (nyanyian asal Jamal Abdillah) dan ‘Burung Dalam Sangkar’ juga mendapat sambutan dikalangan pendengar radio ketika itu sedikit sebanyak memberikan saingan pada lagu-lagu dari album ‘Di Ambang Pintu Kasih’ terbitan dan edaran BMG Music.

Senarai Lagu

  1. Nadi Cinta (4:12)
    (Dato’ Dr Ahmad Nawab / Chuari Selamat)
  2. Aries (4:26)
    (Dato’ Dr Ahmad Nawab /Din Osman)
  3. Hanya Sebagai Kawan (5:20)
    (Dato’ Ahmad Nawab / Lukhman S.)
    :http://ramlahram.com/wp-content/uploads/2010/05/06-Hanya-Sebagai-Kawan.mp3|titles=Ramlah
  4. Aku Pun Demikian (3:29)
    (Akhbar Nawab / Habsah Hassan)
    :http://ramlahram.com/wp-content/uploads/2010/05/08-Aku-Pun-Demikian.mp3|titles=Ramlah
  5. Tangis Ku Rindu Ku (4:21)
    (Ismail Ahmad Nawab / Zurain)
  6. Burung Dalam Sangkar (3:53)
    (Ahmad Wan Yet)
  7. Sabarlah Sayang (4:14)
    (Dato’ Ahmad Nawab / Dahlia
    )
    :http://ramlahram.com/wp-content/uploads/2010/05/02-Sabarlah-Sayang.mp3|titles=Ramlah
  8. Di Hati Ini (4:54)
    (Dato’ Ahmad Nawab / Lukhman S.)
    :http://ramlahram.com/wp-content/uploads/2010/05/04-Di-Hati-Ini.mp3|titles=Ramlah
  9. Betapa Sayangnya Aku (4:22)
    (Yusoff Ismail / Juwie)
    :http://ramlahram.com/wp-content/uploads/2010/05/09-Betapa-Sayangnya-Aku.mp3|titles=Ramlah
  10. Doa Ibu (4:21)
    (Dato’ Dr Ahmad Nawab / Chuari Selamat)