1992 Di Ambang Pintu Kasih

Posted on Posted in Discography, Studio Album

Info Album

Album ini merupakan album pertama Ramlah Ram bersama BMG Music selepas 6 tahun bernaung di bawah Nawab Production. Sebagai album pertama tanpa sentuhan emas Dato’ Ahmad Nawab, ia menampilkan lebih banyak pembaharuan dari segi konsep dan muzik.¬†Album ini tampil dengan genre muzik yang lebih segar, moden dan kontemporari. Selain bernuasa Pop, Ramlah mendapatkan khidmat Zuraini Khalid untuk menyanyikan 2 lagu berentak R&B dan percubaan pertama ini membuahkan hasil.

Tak lupa juga nuasa etnik yang sinonim dengan identiti Ramlah Ram menerusi lagu-lagu ciptaan Sifu M Nasir seperti ‘Cinto Badarai’ dan ‘Madah dan Karenah’. Selain itu album ini juga memuatkan ‘Curang’ ciptaan Saari Amri yang kali pertama bekerjasama dengan Ramlah Ram dan merupakan salah satu single ‘hits’ dari album terbitan bersama M Nasir, Zuraini dan Fauzi Marzuki ini selain lagu “Di Ambang Pintu Kasih’, ‘Madah Dan Karenah’, ‘Kenangan Dalam Realiti’ dan ‘Pintu Cintaku Selalu Terbuka’.

Album ini juga menganugerahkan Ramlah Ram sebagai penerima Anugerah Platinum Disc dan Gold Disc kerana jualan album ini melebihi 50,000 unit. Sehingga kini album ini terjual menghampiri 100,000 unit.

Senarai Lagu

  1. Di Ambang Pintu Kasih (4:50)
    (Hidayat)
  2. Cinto Badarai (4:14)
    (M. Nasir / Keon)
  3. Curang (5:40)
    (Saari Amri)
  4. Aku Tetap Aku (3:21)
    (Zuraini / Nanee)
  5. Tinggal Kata-kata (5:28)
    (Zuraini / Nanee)
  6. Cinta Nan Satu (4:13)
    (Fauzi Marzuki / Habsah Hassan)
  7. Berikanlah Cahayamu (4:35)
    (Rosli Ali)
  8. Kenangan Dalam Realiti (5:17)
    (M. Nasir / Azam Dungun)
  9. Pintu Cintaku Selalu Terbuka (4:59)
    (M. Nasir / Juwie)
  10. Madah dan Karenah (4:15)
    (M. Nasir / S. Amin Shahab)