1991 Kau Penawar Segala Duka Ku

Posted on Posted in Discography, Studio Album

Album ini merupakan album keenam diterbitkan oleh Dato’ Ahmad Nawab. Setelah 2 album dihasilkan pada tahun 1990, Ramlah kembali pada tahun 1991 dengan judul yang cukup segar dan menggunakan antara judul yang paling panjang selepas ‘Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu’. Album ini juga mencatat angka jualan melebihi 100,000 unit┬ásekaligus melayakkan Ramlah Ram menerima Anugerah Double Platinum.

Menerusi album ini, komposer Azmeer pertama kali menyumbangkan lagu menerusi ‘Siapa Yang Bersalah’ dan merupakan salah satu lagu yang popular dari album ini selain ‘Kau Penawar Segala Dukaku’, ‘S.A.Y.A.N.G’, ‘Menanti Hatimu Terbuka’ dan ‘Meniti Pelangi Jingga’.

Senarai Lagu

  1. Kau Penawar Segala Dukaku (4:52)
    (Dato’ Dr Ahmad Nawab / Juwie)
  2. Pi Mai Pi Mai Tang Tu (5:34)
    (Dato’ Dr Ahmad Nawab / Ahmad Nawab & Siti)
  3. S.A.Y.A.N.G (5:03)
    (Dato’ Dr Ahmad Nawab / Juwie)
  4. Sukarnya Ku Percaya (3:28)
    (Dato’ Dr Ahmad Nawab / Chuari Selamat)
  5. Meniti Pelangi Jingga (4:22)
    (Dato’ Dr Ahmad Nawab / Chuari Selamat)
  6. Teratai (6:20)
    (Lilik Suhairi)
  7. Siapa Yang Bersalah (4:40)
    (Azmeer)
  8. Fajar (4:01)
    (Ismail Ahmad Nawab / Talha Tukimin)
  9. Rindu Sepanjang Waktu (4:03)
    (Ahmad Nawab / Juwie)
  10. Menanti Hatimu Terbuka (4:21)
    (Ismail Ahmad Nawab / Juwie)