1990 Lagu Hits Ahmad Nawab Vol 1

Posted on Posted in Discography, Studio Album

Info Album

Album ini memaparkan lagu-lagu hits ciptaan Ahmad Nawab yang popular pada era 70-an yang dirakam semula oleh Ramlah Ram dalam bentuk medley. Tidak keterlaluan jika dikatakan album ini adalah album eksperimental Dato’ Ahmad Nawab untuk menguji sejauh mana kekuatan Ramlah Ram menyanyikan lagu-lagu ciptaan beliau yang evergreen.

Album ini juga merupakan satu penghormatan kepada penyanyi-penyanyi didikan Dato’ Ahmad Nawab yang lain sebelum ini seperti Sharifah Aini, Broery Marantika, Uji Rashid dan Khadijah Ibrahim.  Projek ini merupakan projek ‘Volume 1′ tetapi sayangnya projek ‘Volume 2′ tidak sempat direalisasikan apabila kontrak Ramlah Ram bersama Nawab Production berakhir pada tahun 1991.

Senarai Lagu

Medley 1

  • Nama Mu Terukir Di Hati Ku (nyanyian asal Uji Rashid)
  • Semakin Hari Semakin Sayang (Uji Rahisd)
  • Pengorbanan (Datuk Sharifah Aini)
  • Hati Ku Dicuri Lagi (Datuk Sharifah Aini)

Medley 2

  • Tiada Maaf Bagi Mu (Datuk Sharifah Aini)
  • Kau Tinggi Di Awan Biru (Datuk Sharifah Aini)
  • Sabar Menanti (Broery Marantika)
  • Hapuslah Air Matamu (Datuk Sharifah Aini)
  • Setulus Cinta Mu (Broery Marantika)

Medley 3

  • Yang Ditunggu Tak Tiba (Sharifah Aini)
  • Kasih (Broery Marantika / Datuk Sudirman)
  • Ku Gembira Di Samping Mu (Khadijah Ibrahim)
  • Oh Di Mana (Sharifah Aini)