1990 Duri Dalam Cinta

Posted on Posted in Discography, Studio Album

Album keempat terbitan Dato’ Ahmad Nawab ini diedarkan pada tahun 1990 menampilkan sepuluh lagi lagu-lagu berirama pop Melayu. Penjualan album ini mencatat sejarah tersendiri bila ianya terjual melebihi 70,000 unit hanya pada hari pertama berada di pasaran dan sekaligus melayakkan Ramlah Ram menerima Anugerah Platinum. Lagu-lagu seperti ‘Duri Dalam Cinta’, ‘Segalanya Hancur Berkecai’, ‘Ke Kiri Sepi Ke Kanan Rindu’ dan ‘Balada Cintamu’ mendapat tempat di hati peminat dan sering mendapat permintaan untuk diputarkan di radio. Menerusi album ini juga Ramlah Ram merakamkan sebuah lagu berkonsepkan slow rock khas buat semua peminatnya berjudul ‘ Sumbanganku’. Album ini juga mencatatkan penjualan sehingga kini melebihi angka 150,000 unit.

Senarai Lagu

  1. Duri Dalam Cinta
    (Dato’ Dr Ahmad Nawab / Juwie)
  2. Balada Cintamu
    (Dato’ Dr Ahmad Nawab / Seri Bayu)
  3. Bilang-Bilang Sayang
    (Ismail Ahmad Nawab / Talha Tukimin)
  4. Sumbangan Ku
    (Mohd Rashid Ram & Ismail Ahmad Nawab / Talha Tukimin)
  5. Ke Kiri Sepi Ke Kanan Rindu
    (Doto’ Dr Ahmad Nawab / Juwie)
  6. Segalanya Hancur Berkecai
    (Doto’ Dr Ahmad Nawab / Juwie)
  7. Apakah Salah Ku
    (Doto’ Dr Ahmad Nawab / Juwie)
  8. Seiring Tak Sehaluan
    (Ismail Ahmad Nawab / Chuari Selamat)
  9. Hadirnya Seorang Kekasih
    (Yusoff Ismail / CHuari Selamat)
  10. Lagu Ku Untuk Mu
    (Ismail Ahmad Nawab / Talha Tukimin)