1989 Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi

Posted on Posted in Discography, Studio Album

Info Album

Album ketiga ini merupakan album yang ditunggu-tunggu oleh peminat Ramlah Ram setelah hampir setahun album keduanya mendapat sambutan yang cukup hebat. Berada di pasaran pada pertengahan tahun 1989, album ini sekali lagi mencetus fenomena. Lagu ‘Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi’ kembali menyemarakkan populariti Ramlah Ram sekaligus menyaksikan ‘Anugerah Double Platinum’ diberikan kepada beliau atas penjualan album ini melebihi 100,000 unit hanya dalam masa 2 bulan. Lagu tersebut juga tersenarai ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1989 dan seterusnya menggondol tempat ketiga kategori ‘Lagu Terbaik’ selepas lagu ‘Isabella’ (Search) dan ‘Segalanya Ku Terima’ (Illusi).

Di kala demam muzik rock mula melanda industri muzik tanahair, nama Ramlah Ram terus unggul di persada seni bila beliau sekali lagi dinobatkan sebagai ‘Artis Wanita Popular’ Anugerah Bintang Popular Berita Harian selepas kali pertama memenanginya pada tahun 1988.  Selain lagu ‘Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi’ album ini juga memuatkan lagu hits lain seperti ‘Semoga Kau Masih Ingat’, ‘Terpandang Wajahmu’ dan ‘Ku Terbakar Kepanasan Cintamu’ dan sehingga kini album ini terjual hampir 300,000 unit.

Senarai Lagu

  1. Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi (3:44)
    (Dato’ Ahmad Nawab / Juwie)
  2. Semoga Kau Masih Ingat (3:41)
    (Dato’ Ahmad Nawab / Juwie)
  3. Nostalgia Pertemuan (4:15)
    (Dato’ Ahmad Nawab / Chuari Selamat)
  4. Terpandang Wajahmu (3:53)
    (Ismail Dato’ Ahmad Nawab / Juwie)
  5. Rindu Kasih (5:16)
    (Shafie Ram / Talha Tukimin))
  6. Ku Terbakar Kepanasan Cintamu (3:33)
    (Dato’ Ahmad Nawab / Juwie & Owie)
  7. Semenjak Ku Kehilangan Mu (3:59)
    (Dato’ Ahmad Nawab / Juwie)
  8. Hanya Engkau(4:22)
    (Dato’ Ahmad Nawab / Juwie)
  9. Kalau Kau Rindu (4:11)
    (Ismail Dato’ Ahmad Nawab / Talha Tukimin)
  10. Jika (4:49)
    (Dato’ Ahmad Nawab / Juwie)