1988 Kau Kunci Cintaku (dalam hatimu)

Posted on Posted in Discography, Studio Album

Info Album

Album kedua Ramlah Ram yang diterbitkan pada tahun 1988 ini mencipta satu fenomena serta rekod penjualan yang cukup membanggakan. Album ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai “Album Melayu Pertama Terjual melebihi 350,000 unit”. Sehingga kini, album ini terjual melebihi setengah juta unit! dan Ramlah Ram sendiri dianugerahkan ‘Artis Melayu Pertama menerima anugerah Platinum Kembar Lima’.

Lagu paling hits dalam album ini yang juga digunakan sebagai judul album ‘Kau Kunci Cintaku (dalam hatimu)’ juga mencipta sejarah sendiri bila ianya dinobatkan sebagai ‘Lagu Terbaik’ di Anugerah Juara Lagu 88 di mana Ramlah Ram sendiri merangkul ‘Anugerah Persembahan Terbaik’ dengan vokal yang mantap dan menggayakan gaun labuh dengan lampu berbentuk hati di dada yang sehingga kini mencetus satu lakaran sejarah tersendiri yang sinonim dengan identiti Ramlah Ram.

Hampir ke semua lagu dalam album ini popular di radio malah sehingga kini lagu ‘Diam Diam Jatuh Cinta’ pernah beberapa kali menjuarai Carta Lagu Retro Sinar FM. Lagu-lagu lain seperti ‘Apa Khabarmu Di Sana’, ‘Penantian Yang Tak Berakhir’, ‘Membilang Butir Harapan’, ‘Rindu Semalam’, ‘Rindu Itu Menyeksakan’ dan ‘Hanyalah Padamu Ku Cinta’ pernah menjadi antara lagu ‘wajib siar’ setiap hari di rancangan permintaan ‘Pilihan Bersama FM Stereo (sekarang radio Muzik FM)  sekitar tahun 1988 dan 1989.

Senarai Lagu

  1. Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)  (5:16)
    (Dato’ Dr Ahmad Nawab / Wielid)
  2. Apa Khabar Mu Di Sana  (3:52)
    (Dato’ Dr Ahmad Nawab / Juwie)
  3. Rindu Semalam (4:30)
    (Ismail Ahmad Nawab & Syafie Ram  / Jalha Tukiman)
  4. Penantian Yang Tak Berakhir  (4:23)
    (Dato’ Dr Ahmad Nawab / Talha Tukimin)
  5. Membilang Butir Harapan  (4:18)
    (Rahim Othman / Habsah Hassan)
  6. Rindu Itu Menyiksakan  (4:40)
    (Dato’ Dr Ahmad Nawab / Juwie)
  7. Hanyalah Padamu Ku Cinta  (5:00)
    (Dato’ Dr Ahmad Nawab / Juwie)
  8. Pedihnya Kerana Cinta  (4:14)
    (Dato’ Dr Ahmad Nawab / Juwie)
  9. Insafilah  (3:45)
    (Wan Rozali / Raz)
  10. Diam Diam Jatuh Cinta  (3:21)
    (Ismail Ahmad Nawab / Talha Tukimin