1986 Sabarlah Sayang

Posted on Posted in Discography, Studio Album

Info Album

Album pertama Ramlah Ram selepas memenangi Bintang RTM pada tahun 1985. Album yang diterbitkan oleh Dato’ Ahmad Nawab ini mula mengukir nama Ramlah Ram di persada seni muzik Malaysia. Selain lagu hits ‘Sabarlah Sayang’ dan ‘Indahnya Dunia Cintamu’, album ini turut memuatkan lagu-lagu berkonsepkan dangdut (Melayu) ciptaan komposer S Atan. Melalui album ini Dato’ Ahmad Nawab masih tercari-cari lagu-lagu yang benar-benar sesuai dengan Ramlah Ram. Walau bagaimanapun percubaan pertama beliau membuahkan hasil bila lagu ‘Sabarlah Sayang’ mula mendapat tempat untuk diputarkan di corong-corong radio. Walaupun pencapaian album ini mungkin tidak sebaik album-album selepas ini, namun ianya merupakan satu lakaran sejarah yang cukup bermakna buat Ramlah Ram dan menerusi album ini juga Ramlah Ram mula ‘mengumpul’ peminat!

Senarai Lagu

  1. Indahnya Dunia Cintamu (4:19)
    (Dato’ Ahmad Nawab / Lukhman S
    .)
  2. Sabarlah Sayang (4:14)
    (Dato’ Ahmad Nawab / Dahlia
    )
  3. Sama-sama Rindu (3:20)
    (Dato’ Ahmad Nawab / Dahlia)
  4. Di Hati Ini (4:54)
    (Dato’ Ahmad Nawab / Lukhman S.)
  5. Belum Waktunya (4:06)
    (S. Atan / Noorazreen)
  6. Hanya Sebagai Kawan (5:20)
    (Dato’ Ahmad Nawab / Lukhman S.)
  7. Sepi Mengubah Janji (3:30)
    (Dato’ Ahmad Nawab / Lukhman S.)
  8. Aku Pun Demikian (3:29)
    (Akhbar Nawab / Habsah Hassan)
  9. Betapa Sayangnya Aku (4:22)
    (Yusoff Ismail / Juwie)
  10. Izinkanlah (3:54)
    (S. Atan / Lukhman S.)