Berita

Ramlah Ram Kepingin Lagu Datuk Dr Ahmad Nawab

KL, 25 MAC 2010: Tanpa lagu-lagu ciptaan komposer Datuk Ahmad Nawab, pastinya sukar untuk Ramlah Ram bergelar penyanyi yang hebat dan berjaya.

Perkara ini turut diakui Ramlah sendiri sewaktu menyambut hari ulang tahun kelahirannya bersempena 25 tahun pembabitannya dalam bidang seni di Restoran Tupai-Tupai pada Jumaat lepas.

Apa yang menarik, hari ulang tahun kelahirannya itu telah dianjurkan oleh kelab peminatnya Ramlah Ram Group (RRG). Ini adalah kali ketiga RRG meraikan hari ulang tahun penyanyi kelahiran Ramlah.

“Kalau boleh Ramlah nak sangat nyanyikan lagu baru ciptaan Datuk Ahmad Nawab. Dapat satu lagu pun jadilah. Selain itu, Ramlah pun ada mintak juga lagu daripada beberapa komposer lain.

“Insya Allah kalau tidak aral melintang, lagu-lagu baru ini akan turut dimuatkan dalam sebuah album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu hits Ramlah sepanjang 25 tahun pembabitan sebagai anak seni,”katanya.

Tentang sambutan majlis ulang tahun kelahirannya itu, Ramlah berkata, dia tidak menyangka bahawa sambutan kali ini lebih meriah berbanding 2 tahun sebelumnya.

“Terima kasih kepada RRG yang masih setia bersama Ramlah. Mereka yang bertungkus-lumus menganjurkan majlis ini.

“Tak sangka juga sebab kali ini ramai wartawan dan rakan artis yang datang. Ramlah benar-benar terharu,” katanya.


Sempena sambutan hari ulang tahun kelahirannya itu juga, Ramlah berkata, dia mengharapkan supaya dia diberikan ketenangan dan kesihatan yang lebih baik.

“Ramlah juga berharap supaya kerjaya seni Ramlah akan bertambah sukses lagi dalam bidang seni yang sekian lama diceburi ini,”katanya.

Majlis sambutan hari ulangtahun kelahirannya Ramlah ini turut dihadiri Bob AF, Alyah, Yanzten, Fazli Zainal, Zoey, Hafiz Hamidon serta Roslan Shah yang bertindak sebagai pengacara majlis.

Bob sempat berduet dengan Ramlah menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu sebelum beraksi solo menerusi lagu Zapin Yang Tinggal, manakala Ramlah sendiri menyanyikan lagu Apa Khabar Mu Disana serta Maharaja yang dipersembahkan secara duet dengan wartawan hiburan Juan Danza.

Source : Murai.com.my
Oleh : Oleh Ellyna Al

2 thoughts on “Ramlah Ram Kepingin Lagu Datuk Dr Ahmad Nawab

  1. Kalau Ahmad Nawab sudi menyumbangkan barang sebuah atau beberapa lagu beliau demi mengubat rindu peminat, apa salahnya… apa pun hasilnya haruslah sesuai dengan zaman sekarang tanpa hilang identiti Ahmad Nawab dan Ramlah Ram itu sendiri, Namun tak dinafikan, gandingan mereka dulu memang mantap dan serasi.

  2. Hmmm… betul tuh,,, bagi saya lak… album terakhir Ramlah bersama Ahmad Nawab, Kau Penawar Segala Dukaku tuh agak kurang menyengatlah dan seperti kurang mengikuti trend muzik 90-an pd ketika itu… Nasib baik ada lagu S.A.Y.A.N.G dan Siapa Yang Bersalah ciptaan Azmeer yang dapat menyelamatkan album tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.