Baru-baru ini syarikat rakaman gergasi, Sony Music telah melancarkan album kompilasi terbaru Ramlah Ram, Hits Terbaik yang mengandungi 22 lagu popular Ramlah. Album 2 keping CD ini telah berada di pasaran hampir sebulan lepas dan kini proses cetakan kedua dalam pembikinan. Oleh itu jika anda tidak dapat menemui CD ini jangan gusar, kemungkinan stok batch pertama telah habis. Nantikan batch kedua yang bakal berada di pasaran seluruh negara sedikit masa lagi.
Apa pun jika anda masih belum membeli album ini, dapatkannya segera di sekitar lembah Klang.