Album baru Ramlah Ram diterbitkan kelab peminat

Posted on Posted in Berita

KUALA LUMPUR: Dalam kesukaran syarikat rakaman menerbitkan album, penyanyi Ramlah Ram bertuah apabila albumnya dihasilkan kelab peminat.

“Aspirasi Hati” memuatkan sembilan lagu termasuk single popular, “Sesaat Kau Datang”.

Kelab peminat “RRG” atau “Ramlah Ram Group” ditubuhkan sejak 2007.

Selain lagu-lagu balada yang menjadi kekuatannya, Ramlah turut memuatkan lagu-lagu rancak dengan mengundang penyanyi jemputan.

Antaranya “5 minit” bersama Caprice dan “benar mencintaimu” bersama Faris Awanband.

Bagi Caprice, kerjasama ini mampu menarik peminat dari era Ramlah Ram untuk menyukai muzik yang lebih terkini.

“Aspirasi Hati” yang diedarkan FMC Sdn. Bhd turut memuatkan lagu seperti “Seandainya”, “Sejadah Cinta” dan “Takdir Cinta”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *