‘Seandainya’ Taruhan Terbaru Ramlah Ram

Posted on Posted in Berita

Setelah berjaya dengan kolobrasi bersama SleeQ melalui lagu popular ‘Sesaat Kau Datang’ pada penghujung tahun 2011, Ramlah Ram bakal muncul dengan single terbaru berjudul ‘Seandainya’.

‘Seandainya’ merupakan lagu ciptaan ID Mifzal dan lirik ditulis sepenuhnya Zie Syafruddin iaitu gabungan serasi yang turut mencipta lagu ‘Sesaat Kau Datang’. Lagu ini juga merupakan terbitan Ramlah Ram Group Entertainment yang dikendalikan oleh Kelab Peminat Ramlah Ram.

Lagu ini dijangka akan mengembalikan kegemilangan Ramlah Ram yang dikenali dengan genre balada seperti lagu berhantunya Ketentuan, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi dan Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu.

Buat peminat-peminat setia Ramlah Ram, ‘Seandainya’ pasti dapat melepaskan rindu terhadap lagu berentak balada dendangan penyanyi ini yang kali terakhir muncul dengan lagu ‘Ketentuan’ pada tahun 2008 yang lalu. Tidak keterlaluan dikatakan mungkin lagu ini akan popular sehebat penangan ‘Sesaat Kau Datang’ yang kini mendapat perhatian hampir dua juta tontonan di Youtube.

Single ‘Seandainya’ bakal dimuatkan dalam album terbaru Ramlah Ram berjudul ‘Sejadah Cinta’ yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Lain-Lain lagu yang turut dimuatkan di dalam album ini ialah Sejadah Cinta, Sesaat Kau Datang, Cinta Gila, Benar Mencintai & Berlalu Pergi.

 

Oleh: Editorial MH
Tarikh: 5 April 2012

2 thoughts on “‘Seandainya’ Taruhan Terbaru Ramlah Ram

  1. ‘Seandainya’ merupakan judul lagu yang telah banyak kita dengari dendangan pelbagai penyanyi menerusi ritma yang berlainan, juga lirik yang berlainan. Kini Ramlah Ram juga cuba mencuri tumpuan menerusi baladanya.

    Pada pendapat saya, ‘Sesaat Kau Datang’ masih lagi kuat dan boleh diteruskan bisanya sehingga bulan Ogos 2012 agar penerimaan khalayak terhadap Ramlah Ram semakin ampuh.

    Pun begitu Ramlah memang kebiasannya begitu hebat dengan baladanya diharapkan dapat pergi lebih jauh menerusi ‘seandainya’.

    Pada masa yang mendatang para pendukung penyanyi unggul ini perlu memberikan kekuatan yang lebih bagi memastikan bisa balada Ramlah Ram tetap unggul.

    Semoga yang terbaik buat Ramlah Ram dan semua.

Leave a Reply to Nurilman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *