Malam ini Konsert Mentor 6 Pertama!

Posted on Posted in Berita

Jangan lupa temu janji kita malam ini jam 9 malam untuk menyaksikan Mentor TV3 musim yang ke 6 siaran langsung dari auditorium MBSA, shah alam. Hanya di TV3MALAYSIA.

Tarikh: 18 March 2012
Jam: 9:00 pm
Lokasi: Auditorium MBSA, Shah Alam, Malaysia
Map:

4 thoughts on “Malam ini Konsert Mentor 6 Pertama!

  1. Syukur dengan kemunculan Ramlah Ram sebagai mentor dan protegenya; Ana ; yang saya dapat rasakan ada sesuatu! Pada awalnya saya amat bimbang dengan penyertaan penyanyi unggul ini di dalam program mentor, tetapi selepas menyaksikan persembahan kali pertama menerusi tv, Ana tidak mengecewakan.

    Selain dari vokal, perhatian perlu diberikan kepada keterampilan bagi menagih sokongan. Kekalkan konsep berpakaian sopan, sebolehnya diluar pentas, teruskan berbaju kurung. Boleh menyanyikan lagu rancak tapi tak perlu terlalu terkinja-kinja seperti protege lain agar Ramlah Ram dan Ana berada dikelas dan landasan tersendiri.

    Waima apapun Ramlah Ram dan pendukung kerjaya beliau perlu memantapkan jenama Ramlah Ram. Biarpun unggul, Ramlah perlu bergerak seiring dengan semua bentuk kemajuan agar khalayak tidak terlepas pandang. Penampilan pembukaan Ramlah Ram di program mentor amat baik sekali. Pun begitu, Ramlah masih perlu mengembalikan bentuk badan asal sebolehnya agar para penonton sedar bahawa Ramlah Ram berusaha dalam semua arah. Bukan sahaja unggul dalam seni suara tapi mampu juga memberikan penampilan yang sebaik dengan artis lainnya. Sudah lama artis yang kurang kualitinya diagung-agungkan dan meraih ramai peminat, kini kita bersama-sama meletakkan industri seni dilandasan yang sebenarnya dengan mempertaruhkan Ramlah Ram.

    Semoga yang terbaik buat Ramlah Ram dan semua pendokong karier beliau.

  2. Setelah menyaksikan markah juri awam 19/20 daripada juri awam bagi persembahan pertama menerusi mentor, namun itu bukanlah satu jaminan yang cukup kuat, pun begitu tahniah untuk permulaan.

    Penampilan Ramlah Ram juga kelihatan semakin baik dan serasi bersama Ana. Lagu Atilia yang dinyanyikan agak baik tetapi mungkin kawalan suara boleh dipertingkatkan, kurangkan pergerakan lincah agar projection suara mampu convince pendengar. Convection.

    Mungkin boleh cuba lagu Nur Fatimah “Selembut Sutera” keluaran tahun 2000. Suara Ana dan Nur adalah jenis yang berbeza, tetapi serkiranya Ana berjaya mengalunkannya dan melantunkannya dengan nada tersebut pasti boleh memukau.

    Semoga yang terbaik untuk semua.

    1. Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya tulisan ini begitu mengganggu.

      Apabila Ana Syuhada tersingkir, saya begitu berterima kasih kepada jurinya. Terus terang saya menunggu begitu lama untuk menulis selepas persembahan minggu kedua dimana kesilapan memilih lagu dan kemampuan beliau mendendangkan lagu Shila Hamzah. Berlarutan dengan tidak kesampaian dari banyak aspek diminggu penentuan. Apa pun di masa hadapan Ana boleh mencuba lagi. Apa yang perlu difikirkan adalah berikut :-

      ZainaZain memang cantik jika berpakaian sesi apabila berseluar, semua orang suka.
      Siti Norhaliza boleh disukai ramai dengan sentiasa senyumnya dan nampak sopan.
      Era Fazira menjadi popular menerusi cantik dan sikapnya.

      Jika kita tidak memliki perkara itu, jangan berani berpakaian sembarangan, menari seolah penghibur, tetapi apa yang perlu adalah melantunkan suara menerusi kelebihan yang ada. Ada sesuatu pada suara Ana tetapi tidak kesampaian berbanding Puteri Caroline. Maksudnya Ana boleh pergi jauh sekiranya menjumpai formula yang sesuai dan diharapkan jangan berputus asa.

      Saya kira sama ada Ramlah Ram ataupun Ana tidak membaca tulisan saya pada 18 Mac dan 25 Mac 2012 atau mungkin mempunyai pendapat yang berbeza.

      Saya pasti rezeki adalah dari Allah s.w.t dan pada masa yang mendatang kita perlu berusaha dengan penuh bijak dan berhati-hati. Lihat persekiaran, siapa pengadil atau jurinya kerana kehendak adalah berbeza.

      Semoga yang terbaik buat Ramlah Ram, Ana Syuhada dan kita semua.

      * Kalau TV3 buat benda pelik-pelik, mungkin yang dah terkeluar boleh masuk semula.

  3. Questo un RPG, Alone in the dark un gioco d’azione.Il paragone non molto riitucso.Qui inoltre la grafica gi ottima, direi che gi in partenza questo gioco promette bene. Comunque meglio non fidarsi di niente, che meglio.. : )

Leave a Reply to Coker Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *