Carta 20 Muzik Muzik 27 – Koloborasi Ramlah Ram-Sleeq Menjadi

Posted on Posted in Berita

Lagu “Watak”, dendangan Hafiz, gagal mempertahankan tempatnya di tangga teratas Carta 20 Muzik Muzik 27 apabila turun satu anak tangga ke tempat kedua.

Sebaliknya, gabungan penyanyi veteran Ramlah Ram dan dua anak muda dari Singapura, Sleeq berjaya menambat hati peminat muzik. Sekaligus melonjakkan lagu “Sesaat Kau Datang” dari tempat ketiga ke tempat pertama.

Untuk senarai penuh Carta 20 Muzik Muzik 27, layari www.gua.com.my/muzikmuzik.

Tiga lagu pencalonan baru minggu ini terdiri daripada “Angkasa” dari Diandra Arjunaidi, “Ombak Rindu” (Hafiz & Adira) dan lagu tema drama popular ‘Nora Elena’, “Terhenti Di Sini”, nyanyian Asfan.

Jika anda ingin memastikan lagu-lagu ini tercalon di Carta 20 Muzik Muzik 27 minggu depan, jalankan tugas anda dengan mengundi di www.gua.com.my/muzikmuzik.

Dan buat mereka yang ingin melayan lagu “Bonda” dari Ajek Hassan, layari www.gua.com.my/muzikmuzik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *