Seandainya, Single Terbaru Ramlah Ram!

Posted on Posted in Berita

Tahun 90an dulu, Ramlah Ram pernah panas di media cetak kerana kemampuan mencapai note F# dalam nyanyian beliau.

Kehebatan itu telah dibandingan dengan diva antarabangsa tersohor seperti Mariah Carey dan Whitney Houston.

Kini, beliau mengulangi percapaian tersebut tersebut dalam single terbaru beliau yang bakal muncul tak lama lagi, Seandainya. Lagu berirama ballad R&B ini sememangnya menguji vokal Ramlah Ram kerana ia memerlukan range yang besar. Dari range yang paling rendah hingga range yang paling tinggi. Dan kehebatan Ramlah Ram sebagai Ratu Lagu Bernada Tinggi terbukti sekali lagi apabila beliau telah mencapai beberapa note F# di dalam lagu ini.

Buat pertama kali, anda akan mendengar sesuatu yang berbeza dari Ramlah Ram. Saksikan kehebatan DIVA ini melontar suara beliau sehingga meremang bulu tengkuk anda dalam karya terbaru komposer muda berbakat besar, ID Mifzal yang bertanggungjawab di atas kejayaan lagu Sesaat Kau Datang yang kini sedang mengusai carta-carta Radio Tempatan. Dengarkan audio lagu Seandainya di atas!

4 thoughts on “Seandainya, Single Terbaru Ramlah Ram!

Leave a Reply to admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *