Mentor 6 – Resepi Ramlah Ram

Posted on Posted in Berita

Ramlah Ram sudah lama tidak muncul di kaca TV dan penglibatan beliau dalam Mentor 6 pastinya mengubat kerinduan ramai padanya.

Setelah memperkenalkan protegenya, Ana Syuhada (Ana) semalam GUA dapat menemubual beliau mengenai persiapan untuk konsert pengenalan Ahad nanti.

Pada Ramlah, masa dirasakan begitu singkat selepas sesi ujibakat ke konsert pertama. Langkah pertama yang diambil ialah pemilihan lagu untuk Ana. Pendekatan yang digunakan ialah memilih lagu yang pernah dinyanyikan Ana, agar Ana berasa selesa.

“Ramlah mahu Ana selesa untuk konsert pengenalan ini. Dari pengamatan Ramlah, Ana cepat belajar dan ini menampakkan peningkatan dari segi keyakinan dia. Seterusnya mutu vokal dan persembahan Ana dapat ditingkatkan”, ujar Ramlah bersemangat.

Apabila ditanya mengenai genre yang sesuai untuk Ana, Ramlah belum dapat mengenalpasti dan tidak akan menetapkan sebarang genre dalam masa terdekat. Ramlah ingin Ana mencuba beberapa genre dan mencari identiti beliau. Dari segi tona suara, memang ada keunikan. Oleh itu, Ana patut diberi masa untuk membuat persembahan sebelum perincian genre dibuat.

Tambahan Ramlah, Ana perlu mengikis sifat pemalu beliau supaya bakat yang ada pada beliau dapat ditonjolkan di atas pentas. Ini akan dipantau dalam minggu-minggu yang akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *