Saya Geram Dan Sakit Hati Dengan…

Posted on Posted in Berita

Baru-baru ini keluar di ruangan pojok sebuah akhbar tempatan mengenai kisah kononnya penyanyi terkenal era 80-an, Ramlah Ram sedang bercinta dengan pengurus peribadinya, Hafiz. Berita ini mengejutkan ramai apatah lagi jejaka yang menjalin hubungan cinta dengan Kak Melah kita ini jauh lebih muda darinya.

GUA berpeluang untuk bertemu dengan penyanyi ‘Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu’ di sidang akhbar Mentor 6, petang semalam. Ketika ditemui, Ramlah meluahkan perasaan sedihnya apabila kisah tersebut tersebar dan mengakui geram dengan individu yang menyebar berita tersebut.

“Cerita yang keluar baru-baru ini adalah fitnah. Ia menyakitkan dan saya rasa malu sangat dengan gosip ini. Dalam pada umur saya sekarang ini, apa pandangan orang terhadap saya. Bila dikaitkan dengan cerita-cerita macam ini, saya malulah. Saya percaya, orang pun menyampah nak tengok dan baca cerita-cerita macam ini,” ujar Ramlah dengan nada tegas.

“Saya memang rasa kesal sangat. Ini satu perbuatan yang tak patut dan tak baik untuk disebarkan. Ia melibatkan maruah kita. Saya rasa geram sangat dengan apa yang penyebar ini buat. Apa gunanya dia buat semua ini dengan tujuan nak memburuk-burukkan orang.

“Saya tak nak la cakap siapa yang terlibat tapi saya dapat agak siapa. Saya tak nak perbesarkan hal ini kerana kami akan jumpa juga dalam industri ini. Mungkin ada masalah yang terjadi tapi saya tak tahu apa tujuan dia. Mungkin dia tak puas hati dengan kerja. Bagi saya, benda ini kena tanya pada tuan punya diri yang menyebarkan benda ini.

“Saya kesian kat Hafiz sebab nak kena berhadapan dengan keluarga dia. Sebagai manusia, memang saya boleh maafkan, tapi saya memang geram dengan apa yang dia buat. Apa yang penting, cerita ini memang tak betul dan saya enggan komen lagi mengenai isu ini.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *