Carta Hot 30 HotFM – Kedudukan 24 (Minggu Ke-2)

Posted on Posted in Berita

 

Kejayaan berterusan karier Ramlah Ram bergantung pada sokongan anda semua di sini wahai ahli RRG. Ramlah yg kini tampil dengan single terbaru, Sesaat Kau Datang, sedang hangat di putarkan di stesen radio HotFM, Radio ke-2 paling ramai pendengar di Malaysia!

Bukan mudah artis senior seperti Ramlah Ram utk terus bersaing dengan bakat-bakat baru jika tidak mendapat sokongan tanpa henti dari andasemua. Undian amatlah penting bagi memastikan nama Ramlah Ram terus mekar sebaris dengan artis-artis baru sekarang. Oleh itu, teruskan mengirim lagu permintaan ke HotFM dan mengundi agar lagu ini di carta HotFM agar lagu ini terus mencatat kedudukan yang lebih baik.

Jika lagu ini mampu mendominasi carta HotFM, tidak mustahil radio lain akan turut memutarkan lagu ini. Tanda-tanda lagu ini bakal cemerlang sudah kelihatan. Di YouTube sahajam, jumlah view video-video lagu ini sudah melebihi 30,000 dlm masa hanya 3 bulan! Satu rekod yang belum pernah di buat oleh mana-mana lagu Ramlah sebelum ini. Malah lagu ini juga telah mengatasi jumlah view harian lagu popular beliau, Diam Diam Jatuh Cinta.

Teruskan menyokong kerjaya Ramlah agar beliau terus aktif untuk menghiburkan anda semua dan terus mengukir kejayaan demi kejayaan di masa akan datang!

 

Untuk mengundi sila klik sini.

Bagi yang belum pernah mengundi dan ingin mendaftar terlebih dahulu, klik sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *