Review Sesaat Kau Datang dari Blogged.my

Posted on Posted in Berita

Lupakan sekejap lagu syahdu Ramlah Ram yang popular sebelum ini seperti Kau Kunci Cintaku dalam Hatimu dan Apa khabar mu disana. Bila dengar lagu baru Sesaat Kau Datang, macam tak percaya Ramlah Ram berduet bersama Sleeq penyanyi rap yang berasal daripada Singapura. Ye lah mereka ini kan adalah 2 artis berlainan genre muziknya.

Album baru Ramlah Ram ini adalah kerjasama antara RRG dan FMC. Single Sesaat Kau Datang ini adalah diilhamkan daripada komposer baru, ID Mifzal, dan lirik ditulis oleh Zie Shafuddin, manakala susunan muziknya hasil gubahan komposer sedang meningkat naik, Ady 6ixth Sense. Lagu ini mengangkat tema kekecewaan dalam percintaan atau perkahwinan, dan dalam masa yang sama terpaksa melepaskan orang tersayang untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Tahniahlah Ramlah Ram kerana berani mencuba sesuatu yang baru dalam lagunya kali ini. Harap lagu ini akan digemari ramai. Jika tiada aral, album penuh penyanyi ini akan menyusul pada penghujung tahun ini, yang juga akan menampilkan sebuah lagu balada berkonsepkan ketuhanan berjudul Sejadah Cinta.

Source: Blogged.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *