Ramlah Ram Muncul Single Baru, Sesaat Kau Datang

Posted on Posted in Berita


KUALA LUMPUR, 7 JULAI 2011: Tempoh selama 25 tahun berada di dalam industri hiburan tempatan adalah suatu momen yang paling indah buat penyanyi bersuara lantang, Ramlah Ram.

Lebih-lebih lagi, apabila dia masih lahgi mampu mampu bertahan sehingga kini serta masih mendapat sokongan yang tidak putus-putus daripada peminatnya.

Buktinya, kelab peminatnya, Ramlah Ram Group (RRG) turut sama membantu menerbitkan single lagui Cinta Gila dengan kerjasama syarikat rakaman FMC.

Pertama kali diperdengarkan konsert ‘debut’nya, ‘Malam Gala 25 Tahun’ pada Oktober tahun lalu, Cinta Gila terus meniti carta-carta lagu stesen-stesen radio dan menjadi juara Carta Radio Muzik selama empat minggu berturut-turut.

Walaupun disambut dingin oleh sesetengah stesen radio swasta yang enggan memutarkan lagu tersebut, namun lagu ‘Cinta Gila’ ternyata mengubah corak kerjaya seni pemenang Anugerah Juara Lagu 1988 ini bila mana lagu berkonsepkan pop rock itu tetap diterima ramai malah berjaya kekal lebih dari 10 minggu di carta Muzik Muzik TV3.

Kejayaan ‘Cinta Gila’ juga memberikan semangat buat Ramlah Ram untuk terus mengorak langkah dengan single kedua ‘Benar Mencintai’ yang merupakan kolaborasi bersama kumpulan Indie ‘Awanband’. Single itu kini sedang rancak diputarkan di radio-radio seluruh Malaysia.

Menyentuh mengenai perkembangan terkininya, Ramlah Ram memberitahu, dia kini baru saja selesai merakamkan single ketiga berjudul ‘Sesaat Kau Datang’ yang bakal diperdengarkan kepada umum sedikit masa lagi.

Mengakui proses rakaman album terbarunya kali ini amat istimewa kerana selain merupakan album kerjasama antara RRG dan FMC, album kali ini juga bakal menampilkan sisi lain naskah seninya iaitu berkerjasama dengan ramai bakat-bakat muda yang belum pernah dilakukannya sebelum ini.

 

Dilhamkan oleh komposer baru ID Mifzal dan lirik ditulis oleh Zie Shafuddin, Ramlah Ram menjelaskan lagu Sesaat Kau Datang mengangkat tema kekecewaan dalam percintaan atau perkahwinan dan dalam masa yang sama terpaksa melepaskan orang tersayang untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Mungkin akan ada yang beranggapkan ianya ada kena-mengena dengan kehidupan peribadi Ramlah sendiri.

“Tapi, segalanya adalah kebetulan kerana sesebuah lirik yang dihasilkan biasanya merupakan ilham atau pengalaman penulis itu sendiri.

“Masa Ramlah muncul dengan lagu Ketentuan pun macam tu jugak. Orang kata lagu tu ada kena-mengena dengan Ramlah sebab ia menceritakan tentang soal keruntuhan rumahtangga,” katanya kepada murai.com.my.

Bercerita lanjut mengenai single terbaru ini, Ramlah memberitahu lagu tersebut dirakamkan di studio NAR, Kuala Lumpur dan salah sebuah studio Singapura pada bulan lalu dan ianya merupakan satu pengalaman yang berharga kerana dapat bekerjasama dengan bakat muda yang berkebolehan seperti Mifzal (pencipta), Adi 6ixthsense (penerbit susunan muzik) dan Faris Awanband selaku penjaga vokal.

“Pun begitu sessi rakaman rangkap rap dilakukan di salah sebuah studio di Singapura membabitkan kumpulan rap dari Singapura iaitu ‘Sleeq’,” katanya.

Menurut Ramlah lagi, lagu ‘Sesaat Kau Datang’ ini walaupun masih mengekalkan konsep pop yang selama ini menjadi makanannya, tetapi lagu tersebut lebih cenderung kepada rentak muzik nusantara yang digarap dengan elemen orkestra ala lagu-lagu balada dari Korea seperti ‘Winter Sonata’.

Ramlah menganggap lagu ini adalah hadiah istimewa beliau kepada semua peminat-peminatnya yang masih setia menyokongnya dari dulu hinggalah kepada peminat-peminat generasi baru yang mula mengenalinya melalui ‘Ketentuan’.

“Saya berharap agar single ketiga saya pada tahun ini akan diterima ramai dan semua peminatnya yang sentiasa menantikan buah tangan saya yang terbaru.

“InsyaAllah, jika tiada aral, sebuiah album penuh saya pula akan menyusul pada penghujung tahun ini yangmana, ia juga akan menampilkan sebuah lagu balada berkonsepkan ketuhanan berjudul ‘Sejadah Cinta’. Ianya akan dirakamkan tidak lama lagi,” katanya.

Selain lagu-lagu yang diberikan oleh para peminatnya yang juga merupakan ahli RRG, Ramlah juga akan bekerjasama dengan beberapa komposer terkenal tanahair untuk projek album terbarunya nanti,

Akhirkata buat semua peminatnya, Ramlah mengucapkan jutaan terima kasih pada mereka yang tidak putus-putus memberikan sokongan dari dahulu hingga kini, Begitu juga pada mereka terutamanya peminat-peminat generasi baru yang selalu bertanya khabarnya menerusi akaun laman sosial facebook nya. Selain itu segala informasi mengenai Ramlah Ram juga boleh dilayari menerusi laman web rasminya iaitu www.ramlahram.com. Pada peminat yang mahu turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan oleh RRG bolehlah menyertai akaun facebook carian Ramlah Ram Group.

Manakala Syarif dari Sleeq pula memberitahu, dia dan Ariff amat berbesar hati dan berbangga kerana dapat berkerjasama bersama Ratu Pop bernada tinggi ini.

“Peluang berpadu suara bersama Ramlah Ram adalah satu pengalaman yang berharga buat kami berdua.Terima kasih kepada RRG dan Ramlah Ram sendiri kerana percaya dengan bakat kami berdua.

“Walaupun proses rakaman dibuat di dua studio berlainan, namun ianya tidak memberikan apa-apa masalah untuk berkomunikasi dalam menjayakan proses rakaman,” katanya.

Segala informasi mengenai Ramlah Ram, sila layari laman web rasmi penyanyi kelahiran Muar, Johor ini : www.ramlahram.com. Pada peminat yang mahu turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan oleh RRG bolehlah menyertai akaun facebook carian Ramlah Ram Group.

8 thoughts on “Ramlah Ram Muncul Single Baru, Sesaat Kau Datang

    1. Hello Rob,Bob and I met you a couple of years ago in Shanghai when we all lived in Lansen Place. I would like to say that I have eynejod your blog but that wouldn’t be true however you are a great writer! I do enjoy the pics especially the superman snuggly and must sayyou look very distinguished with your new hairstyle or lack of I should say. Thanks to good genes, you have a nice head!Bob and I think of you and your family often and send lots love your way. Enjoyed reading about Trinity small world! Take care and perhaps since WF isn’t in the BCS, you might want to pull for Auburn!!Much love to you and your family stay warm xo gail

  1. Sedap lagunya. Tak membosankan. Hari-hari dengar pun tak jemu. Syabas Kak Melah. Harap dapat masuk Muzik-muzik tahun 2012 nanti.

  2. Love u kak ramlah ever & foverer…Sejak dari album pertama Sabarlah Sayang dalam bentuk LP, Kaset & CD hinggalah ke Album Aspirasi Hati…Semua saya milikki dan tersimpan sebagai Koleksi Abadi saya..Semoga Sukses selalu…

Leave a Reply to cygdear Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *