Aktiviti RRG

Promosi Album Ketentuan di Selayang Mall

Siri penjelajahan promosi pertama yang diaturkan oleh pihak FMC untuk penyanyi kesayangan ramai Ramlah Ram telah diadakan di Selayang Mall pada Ahad 31 Mei 2009 jam 3.30 ptg. Majlis yang diadakan dalam keadaan sederhana , berjaya memikat penonton untuk hadir bersama-sama menyaksikan kehebatan penyanyi evegreen ini melontarkan vokal sambil mendendangkan lagu- lagu baru dalam album Ketentuan.

Kehebatan dan kemantapan Vokal Ramlah Ram menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi secara live tidak perlu dipertikaikan lagi. Namun kehebatan penyanyi ini menyampaikan lagu-lagu bernada tinggi membuatkan penonton-penonton terpaku dan tidak berganjak dari tempat.

Pada Majlis tersebut Ramlah memulakan persembahan dengan menyampaikan sebuah lagu yang dijangka hit iaitu Radang Rindu dan disusuli dengan sebuah lagi lagu yang turut di cipta oleh Aidit Alfian iaitu Aku dan Dunia . Kedua-dua lagu ini menjadi taruhan utama yang terdapat di dalam album terbaru beliau.Kemudian, Ramlah meneruskan persembahan dengan menyampaikan lagu hit beliau Ketentuan. Majlis diteruskan dengan sesi bergambar serta memberi peluang kepada semua pembeli album terbaru beliau untuk mendapatkan tandatangan Autograf.

Album Ketentuan telah dijual dengan harga istimewa iaitu RM 25.00 dan pembeli-pembeli yang hadir diberi percuma sehelai Poster yang ditaja oleh pihak Redbox.Untuk semua peminat penyanyi Ramlah Ram yang ingin memiliki album terbaru beliau bolehlah menghubungi pihak RRG iaitu Saudara Rizal 012-2133610 atau boleh memperolehi album tersebut dalam siri penjajahan promosi yang seterusnya. Album tersebut juga telah berada di pasaran sejak isnin lalu.

Kepada pihak RRG dan peminat setia Ramlah Ram yang ingin menyertai Majlis Pelancaran Album Ketentuan yang akan di adakan di The Mines Resort pada 18/05/09 jam 8.00 mlm, bolehlah mendaftar kepada Saudara Rizal 012-2133610 dan Fairoze 012-2302003 pada/sebelum 05hb Jun 2009.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.