Berita

Kudos Buat Ramlah Ram, Dato Sheila Majid!

Petikan dari ‘Blog Elly

Mungkin korang semua tertanya-tanya kepada apa sebabnya aku mengatakan kudos buat kedua-dua penyanyi dan penghibur wanita yang disegani di dalam industri tanah air tempatan kita – Ramlah Ram dan Dato Sheila Majid.

Sebenarnya kudos aku buat mereka adalah kerana tahun ini adalah genap tahun ke-25 penglibatan mereka dalam industri muzik tanah air. So, buat Ramlah dan Dato Sheila, Happy Anniversary yang ke-25 kerana telah berjuang untuk sekian lama di dalam industri ini.

Perjuangan Ramlah Ram dengan Dato Sheila Majid bagi aku adalah satu perjuangan yang cukup tulen dan murni kerana dari dulu hingga sekarang mereka cukup fokus dengan apa yang mereka lakukan sertya memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap kerjaya seni mereka.

Aku harap ramai penyanyi generasi muda hari ini yang akan mengikut jejak langkah mereka dan mengambil semangat mereka.

Terima kasih juga buat kedua-dua insan seni yang masih lagi aktif menyanyi hingga sekarang ini kerana telah menghiburkan kita semua dengan lagu-lagu mereka yang hingga sekarang ini masih tak menjemukan ingatan dan sanubari kita semua.

Sepanjang tempoh 25 tahun menghambakan diri mereka di dalam bidang ini, aku pasti banyak cabaran, pahit getir, suka dan duka yang telah dilalui oleh kedua-dua insan seni ini.

Ada sebahagian daripadanya telah pun kita ketahui dan ianya tidak hanya melibatkan soal kerjaya seni mereka semata-mata tetapi juga berkaitan dengan kisah peribadi mereka.

Sebahagiannya lagi, mungkin masih menjadi rahsia mereka yang tak ingin dikongsi bersama kita semua. Mungkin ianya bersifat terlalu peribadi atau mungkin ianya mengandungi nilai sentimental yang hanya mahu disimpan untuk diri sendiri.

Tidak apalah. Itu hak mereka dan kita harus menghormatinya.

Apapun, sepanjang tempoh 25 tahun yang cukup solid itu, aku adalah di antara salah seorang daripada korang semua yang bertuah kerana telah membesar dengan lagu-lagu nyanyian mereka.

Di antara Ramlah Ram dengan Dato Sheila Majid, sukar untuk aku mengatakan siapa yang lebih hebat di antara kedua-duanya. Sebab kedua-duanya hadir di persada seni suara dengan vokal, gaya persembahan serta genre muzik yang berbeza.

Ramlah Ram dengan muzik pop dan ballad yang berunsur keMelayuan, manakala Dato Sheila Majid dengan pop jazz yang mempunyai fusion Melayu, Nusantara serta International.

Begitupun mereka tidak hadir di dalam industri seni ini dengan sendirinya. Ramlah dicungkil bakatnya oleh maestro muzik tempatan yang tersohor iaitu Datuk Ahmad Nawab, manakala Datuk Sheila pula telah diketengahkan oleh si genius muzik Roslan Aziz yang juge bekas suaminya.

Namun, kalau dinilai berdasarkan pencapaian, sudah tentu Dato Sheila disifatkan lebih bertuah kerana telah berpeluang untuk mencipta nama di beberapa negara luar seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Jepun dan United Kingdom.

Dan dia adalah penerima BASF Award untuk Best Female Artist in R&B di Indonesia pada 1987 yang sebelum ini tidak pernah diperolehi oleh mana-mana penyanyi bukan kelahiran negara jiran tersebut.

Banyak konsert serta festival di dalam serta luar negara yang telah dijayakannya termasuklah Womad iaitu sebuah acara muzik yang cukup berprestij. Selain Dato Sheila, Zainalabidn juga pernah diundang menjayakan acara Womad.

Kehebatan Ram;lah pula tak boleh dipandang sebelah mata kerana dia adalah satu-satunya penyanyi wanita yang mencatatkan jualan yang tertinggi untuk untuk beberapa albumnya.

Dia juga banyak meraih kejayaan untuk beberapa pertandingan nyanyian berprestij yang disertainya. Malah, dia adalah Penerima Anugerah Penyanyi Wanita Popular Berita Harian sebanyak 2 kali.

Dalam keluarga aku sendiri, ada yang meminati Dato Sheila Majid dan ada yang meminati Ramlah Ram. Ada juga yang menyukai kedua-duanya. Tapi, aku mula menyukai Ramlah sewaktu menonton pertandingan Bintang RTM pada tahun 1985.

Masa itu aku masih kecil lagi dan Ramlah masa itu cukup tebal dengan imej kampungnya. Tapi, vokalnya – Wow! Sangat luar biasa. So, biarpun dia sering dikritik dengan imej kampungnya selepas itu, aku tetap meminati Ramlah.

Banyak lagu-lagu dia yang aku suka. Antaranya ialah Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Sabarlah Sayang, Diam Diam Jatuh Cinta, Zapin Yang Tinggal, Selamat Jalan Romeo, Antara Madah Dan Karenah serta Keangkuhanmu.

Kalau Dato Sheila pula, aku start suka dia sebab pengaruh dua orang cousin aku, Dot dan Riznam. Diaorang adalah Sheila Majid’s biggest fan. Bermula dengan Emosi, aku kemudian mengenali album Sheila Majid yang seterusnya iaitu Warna, Lagenda, Ratu dan etc.

But of course aku ambil tahu dengan album pertamanya, Dimensi Baru. Tapi, Sheila bagi aku betul-betul hot masa dia muncul dengan album Emosi.

Antara lagu Dato Sheila yang jadi favourite aku adalah Dia, Antara Anyir Dan Jakarta, Warna, Memori, Gemilang, Legenda, Jentayu , Ratu, Bersatu Hati serta Cinta Jangan Kau Pergi.

Actually banyak lagi pencapaian Ramlah Ram dengan Dato Sheila Majid yang tak sempat aku coretkan kat sini. Tapi sebagai salah seorang daripada fans diaorang, aku pasti korang dah banyak tahu tentang kejayaan yang penah dilakar oleh dua nama besar dalam industri ini.

So, jom kita sama-sama doakan yang terbaik untuk kedua-dua penyanyi yang disayangi ramai ini. Mudahan-mudahan, mereka akan terus beroleh ketenangan, dipanjangkan hayat, dimurahkan rezeki serta mendapat kesihatan yang baik. Amin…

Source: Murai.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.