Berita

Ramlah Ram Baru Tuntut Cerai Atau Sudah Bercerai?

PENING kepala dibuatnya apabila mendengar pengakuan berbeza daripada pasangan bekas suami isteri iaitu penyanyi popular Ramlah Ram dan Penerbit Sukan RTM Kamal Roslim mengenai kisah penceraian mereka.

Pada 15 Jun lalu, Ramlah mengumumkan tentang tuntutan cerai yang dibuatnya di Mahkamah Shah Alam pada Mei lalu. Bintang RTM 1985 itu mengakui perkahwinannya dengan Kamal tidak mampu diselamatkan lagi.

Namun, bekas suaminya itu mendedahkan kepada sebuah akhbar bahawa mereka bukan lagi suami isteri semenjak Mei lalu. Bagaimanapun, lelaki itu enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu atas alasan Ramlah telah perjelaskan semuanya.

Source: MStar Online.

Admin: Apalah yang hendak dipeningkannya? Orang lain yang bercerai, orang lain pula yang pening. Apa pun, kenyataan Ramlah sebelum ni sudah jelas menyatakan, masih menunngu dokumen penceraian yang belum diterima. Setelah itu barulah official cerainya. Apa pun, kami dari RRG mendoakan agar Kak Ramlah terus sabar dan cekal menghadapi segala ujian dalam hidup ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.