Berita

Ramlah Ram Akhirnya Berpisah

Sudah lama cerita Ramlah Ram dan suami tinggal berasingan diperkatakan. Namun Ramlah seboleh-bolehnya menafikan keretakan rumah tangganya dengan penerbit sukan di RTM, Kamal Muslim.

Rumah tangga yang dibina pada 3 Novemebr 2000 itu akhirnya menemu jalan buntu apabila mereka memfailkan perceraian bulan lalu. Ramlah mengakui desas-desus itu. Namun dia enggan mendedahkan lebih lanjut.

Ramlah mengakui memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam sekitar Mei lalu.

“Saya tak mahu bercakap banyak pasal perkara itu. Tunggulah sehingga keputusan rasmi keluar,” kata Ramlah semasa ditemui media pada majlis sidang akhbar persembahan istimewanya, Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram pada 9 Oktober depan di Hotel Impiana, KLCC.

Keputusan untuk memfailkan perceraian adalah di atas keputusan bersama setelah mereka mengadakan perbincangan. Namun kata Ramlah, hubungannya dengan Kamal masih baik dan mereka akan terus berkawan selepas ini.

“Hubungan kami tetap bauk, cuma tak ada persefahaman dalam rumah tangga dan kami tidak boleh tinggal bersama.

“Saya akui sangat sayangkan rumah tangga kami, tapi apabila tiada jalan penyelesaian, lebih kami berpisah,” sambung Ramlah yang tenang sahaja bercerita pasal hal peribadi itu.

Apabila sepasang suami isteri yang tidak bergaduh tiba-tiba bercerai, pasti ada yang mengandaikan ia berpunca daripada pembabitan orang ketiga.

Namun Ramlah menafikannya sebaliknya mengatakan masalahnya datang daripada mereka sendiri.

“Saya tak mahu mengaibkan sesiapa dan selesa menyelesaikan masalah secara baik,” jelas Ramlah.

Sebelum ini Ramlah pernah mengeluarkan kenyataan yang menjurus ke arah perceraian apabila ditanya pasal kedudukan rumah tangganya. Akhirnya apa yang dibayangkannya itu menjadi kenyataan. Ramlah redha menerima ketentuanNya.

Text oleh: Rosli Manah
Source:Mangga Online

2 thoughts on “Ramlah Ram Akhirnya Berpisah

  1. askum.buat kak ram sabar dlm menghadapi dugaan ini.patah tumbuh hilang berganti lumrah kehidupan.dekatkan diri kepada ALLAH sesungguhnya dialah teman dan kawan yang paling bagus buat tempat mengadu kerna saya pernah berada ddan merasai keadaan ini.itulah jodoh ketentuan ilahi walaupun kita masih syg kan suami kita tapi jodoh setakat itu kita kena reda.masa inilah kita akan kenal siapa kwn ketika susah atau senang…tak kurang yg cuba menanguk diair yg keruh…apatah lagi memandang serong akan diri kita.sesungguhnya ALLAH maha mengetahui akan kebenarannya…teruskan perjalanan hidup…tabah…bertawakal…dan saat inilah jua kita akan tahu nilai erti kasih sayang ibu dan ayah yang melahir,membesarkan dan menyekolahkan dengan didikan agama selama ini.semoga kak ram berbahagian dengan kerjaya sekarang…amin.

    1. Hello to the good people of Berry Fresh, esiplealcy les demoiselle Marieline et Sylvie! We always feel so welcomed when we come in for Breakfast and look forward to all the friendly faces. The coupons help too since we are a couple with 2 kids in college! Oops! I mean one child in college! Our Daughter Amy JUST graduated from the U. of No. Fla. with her Master’s Degree and is employed as a Counsler in Psychology to troubled children.The good food, friendly service and reasonable prices bring us back every week-end!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.