Berita

Selepas Umum Berpisah, Ramlah Ram Buat Konsert

KUALA LUMPUR: Selepas membuat pengumuman untuk berpisah dengan suaminya Kamal Roslim, penyanyi Ramlah Ram akan muncul dengan sebuah konsert sempena 25 tahun penglibatannya dalam bidang seni.

Konsert yang diberi nama Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram itu akan diadakan pada 9 Oktober akan datang di Hotel Impiana, Kuala Lumpur anjuran Kumpulan Penyokong Ramlah Ram (RRG). Ia dijangka berlangsung selama tiga jam bermula 8.30 malam.

Presiden kelab itu, Suzaimi Soaib berkata, malam gala tersebut bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan Ramlah selepas 25 tahun penglibatannya dalam bidang seni.

Dalam konsert itu Ramlah akan menyanyikan kira-kira 25 buah lagu yang dipilih bermula selepas dia diumumkan sebagai Juara Bintang RTM pada 18 Februari 1985. Katanya konsert itu bertemakan persembahan makan malam dengan diiringi pemuzik iringan.

“Pengacaranya ialah Fauziah Ahmad Daud yang akan turut membuat persembahan. Artis-artis lain yang terlibat belum diketahui lagi kerana ia masih dalam perbincangan,” katanya ketika mengumumkan konsert tersebut di Restoran Rebung, Bangsar, di sini semalam.

Suzaimi memberitahu, malam gala itu menawarkan 26 meja untuk korporat serta individu dengan 260 tempat duduk.

Katanya, meja korporat dijual dari RM5,000 sehingga RM7,000 sebuah sementara untuk individu dijual dari RM200 hingga RM300 bagi setiap kerusi. Tambahnya, kos bagi menganjurkan malam gala itu dianggarkan berjumlah RM100,000.

Sementara itu, Ramlah menjanjikan persembahan terbaik kepada para peminatnya dengan memastikan susunan muzik adalah berbeza bagi setiap lagu-lagu yang dinyanyikan.

Dalam sidang media itu, Ramlah turut melancarkan laman rasmi http://www.ramlahram.com mengenai malam gala tersebut.

Semalam dalam sidang media yang sama Ramlah membuat kejutan apabila memaklumkan rumah tangganya yang dibina sejak tahun 2000 dengan Penerbit Sukan di RTM, Kamal Roslim sudah tidak lagi bahagia dan mengesahkan untuk bercerai.

Hasil perkahwinan mereka selama sepuluh tahun tidak dikurniakan cahaya mata.

Krisis keretakan rumah tangga Ramlah dan Kamal telah kedengaran sejak sekian lama tetapi Ramlah cuba menafikan khabar angin tersebut.

Bekas juara Bintang RTM tahun 1985 itu juga berjanji akan memaklumkan statusnya dengan Kamal apabila kes berkenaan dibawa ke mahkamah syariah nanti.

Text oleh: Au Yeong How
Source: mStar Online

10 thoughts on “Selepas Umum Berpisah, Ramlah Ram Buat Konsert

  1. salam, sdri ramlah. saya adalah peminat setia puan sejak dahulu. saya mohon cadangkan supaya berita berita atau perkara-perkara berkaitan perceraian dgn suami, kalau boleh, tidak usahlah dimuatkan di dalam laman web ini. saya menyanjungi budi bahasa puan kerana saya tahu puan memiliki kesopanan yang tinggi. sekadar pandangan ikhlas. terima kasih.

  2. Bagi saya, berita sebegini tidak perlu ditapis atau dipandang tidak elok kerana baik atau buruk sesuatu perkara itu terletak pada mata individu. Jika buruk pada tafsiran kita… Maka buruklah jadinya.

    Ramlah sememangnya seorang artis yg berbudi pekerti, malah seorang yg amat penyayang dan menghargai peminatnya. Saya lihat, Ramlah mmg jarang bercerita perihal rumahtangganya apa ntah lagi ketika sekarang beliau cuba utk tidak berbicara panjang mengenainya. Sebagai artis, sudah pasti Ramlah tidak dpt mengelak bila di aju soalan tentang proses penceraian. Namun saya puji sikap Ramlah yang senantiasa tenang dan tidak pernah memburukkan si suami.

    Jika masih ada org ingin memandang serong, terpulanqlah pd diri masing2. Bg saya, sbg laman rasmi Ramlah sendiri, tidak semestinya hanya menyiarkan berita yg manis2 atau baik2 sj. Asam garam menjadi artis mmg tidak selalunya indah… Adatlah… ada kalanya pahit…adakalanya manis Saya percaya sbg seorang artis yg berpengalaman, Ramlah mampu menepis semua tomahan dan dugaan artis yg semestinya penuh dengan ranjau yg berduri. Di harap semoga Malam Gala 25 Tahun Ramlah akan berjaya. Amin…

  3. betul tue Amri…Isu penceraian isu yang paling susah nak Ramlah Komen & beliau tak pernah nak mengaibkan sesiapa…Yang penting website ini jadi arkib kenangan tinggalan drpd penulisan wartawan ttg Ramlah…Apapun sentiasa mendoakan Ramlah bahagia & berjaya…..Insyaallah

  4. semoga lamn ini jujur..bkn ditulis olh rmlah atau `org-orgnya’..pemint bijak menilai dari sgi penulisan…jgn mcm fb..harp rmlh faham…

    1. Laman http://www.ramlahram.com ini dikendalikan sepenuhnya oleh RRG sendiri. Harap ‘manusiabiasa’ paham akan kenyataan ini.

      Ruangan ‘News’ ini menampilkan berita-berita ini dipetik secara langsung dari liputan media cetak tempatan. Maka isu ditulis oleh Ramlah sendiri atau orang-orangnya (?) tidak timbul, melainkan laporan aktiviti RRG bersama Ramlah yang biasanya dikarang sendiri oleh wakil RRG untuk dikongsi bersama di sini.

      Bagi peringatan untuk pengunjung laman ramlahram.com, anda semua bebas di sini untuk memberi buah pendapat dan cadangan yang bernas dan positif untuk kebaikan laman ini dan kerjaya Ramlah. Namun harus diingat, pihak kami tidak akan teragak-agak menapis komen-komen yang kurang manis, berunsur sindiran atau sekelas dengannya yang boleh mengguris hati pihak-pihak tertentu.

      Oleh itu, jadilah pengguna maya yang berhemah dan have a good time here.

  5. Admin. Alhamdulilah..suka saya mendgarnya.. nasihat sya agar ramlah dpt terima ketentuan Ilahi, jodoh, ajal maut semua Allah tentukan, teruskan perjuangan….ramlah jgn merasa sunyi, ribuan peminat2 ramlah diluar sana sentiasa menemani dan mendoakan ramlah tak kira bangsa atau lapisan masyarakat… walaupun ramlah yg mghadapi kepahitan itu, sabarlah, ingat..bakat yang ramlah dianugerahkan gunakan sebaik-baiknya, `madah dan Kerenah’ pada saya lagu nasihat yang terbaik… wassalam.

    1. manusiabiasa, saya setuju dgn pandangan anda.. sememangnya Kak Ramlah punya ramai peminat yang akan mendoakan semoga diberikan kekuatan dan ketabahan… biar apapun kata orang, yang penting peminat tahu dan sayangkan kak Ramlah… “kalau emas, emas jua, dibuang tetap berharga!”

  6. Kalau suara Ramlah Ram sama seperti dulu sudah tentu tidak akan ada lagi artis yang semerdu macam suara kak Ramlah Ram. Walaubagaimanapun kita semua akan tetap menghadapi masa tua. Ramlah Ram sampai sekarang saya tidak dapat lupa pertandingan bintang rtm 1985 dan album kedua Ramlah Ram yang betul-betul memeranjatkan seluruh rakayt Malaysia ketika itu. Saya sudah perasan semenjak pertandingan suku akhir bintang rtm lagi dan peringkat separuh akhir yang menunjukan bahawa Ramlah Ram akan membuat kejutan pada peringkat akhir bintang rtm. Ramalan saya tepat sekali apabila Ramlah Ram menyanyikan lagu dia dan rindu secara live memeranajat kan penduduk malaysia kerana lagu tersebut dapat dibawa dengan lebih baik dan merdu dari penyanyi asal yagn sedang meletup ketika itu iaitu fransisca peter dan hetty koes endang hingga meresap ke jiwa semua orang yang mendengarnya ketika itu. Ramalan saya tepat kali kedua iaitu apabila merasakan kalau ramlah ram boleh menyayikan lagu itu lebih baik dari penyayi yg sedang top ketika itu sudah tentu ia akan menghasilkan album yang akan menggegarkan malaysia nanti. Lagi sekali ramalan saya tepat apabila ramlah ram keluarkan album kedua yang betul-betul mengejutkan hingga sekarang masih tidak dapat saya lupakan. Tapi kita semua tetap akan menghadapi masa tua. Suara ramlah ram sudah tidak semerdu dulu, tapi disebabkan kesan lagu-lagu yang meletup dahulu peminat tidak peduli semua itu yang penting ramlah ram mesti teruskan aktiviti seninya.

  7. Memangllah kalau kita kaji, mana ada sesaorng yg boleh kekalkan apa yg dimiliki… saya setuju dengan pandangan Abdul Latif. Cuma saya tambahkan sikit disini, pada masa dulu, masa Ramlah tarik suara adalah original voice , makin tarik makin nyaring dan kita terasa auranya sehinggakan naik bulu roma, tapi dalam usia sekarang ni memang masih power tapi tak sehebat masa awal tahun 1980an… saya masih ingat lagi di awal kemuculanya di masa pertandingan bintang RTM, memang saya ikuti masa di awal, suku akhir, separuh akhir dan akhir, tak keterlaluan kalau saya nyatakan disini Ramlah Ram adalah `bintang’ sehingga kini bintangnya masih berkilauan, namun tidak ramai yang dapat menghargai bintang yang saya maksudkan… dan bakat2 realiti dan SMS menjadi kegilaan sekarang ini, dan kita tidak nampak bakat2 yg dicungkil melalui rancangan realiti boleh kekal sehingga sekarang… , tapi cuba kita lihat bakat dari Bintang RTM, pada saya 80-95% masih kekal sehingga sekarng.. dan lagu2 mereka seperti `lagenda’… dan mereka mempunyai value yg tersendiri.. dan pada saya. jika dikumpul mereka yang menjadi juara bintang RTM dan Ramlah adalah juara dari yang juara.. pada saya semua orang boleh menjadi artis, TETAPI kita kena fikir sejenak, sejauhmana penglibatanya dalam arena seni suara… Ramlah Ram adalah `Bintang’, 25 tahun menghambakan diri dalam bidang ini, pelbagai getir telah dilalui… dan saya yakin Ramlah Ram tetap aktif sampai bila2.. sebab beliau mempunyai `trademark’ yang tersendiri…

    1. Thanks for making me to acuqire new concepts about pcs. I also contain the belief that certain of the best ways to keep your laptop in prime condition is a hard plastic-type material case, or even shell, that matches over the top of your computer. A lot of these protective gear will be model targeted since they are made to fit perfectly on the natural casing. You can buy these directly from the seller, or via third party sources if they are designed for your notebook computer, however its not all laptop may have a shell on the market. Once more, thanks for your recommendations.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.