Ramlah Ram dan Jay Jay Berpadu Suara

Posted on Posted in Berita

KETIKA industri muzik tanah air masih lesu, mampu menghasilkan album baru sememangnya sesuatu yang membanggakan bagi penyanyi. Ini kerana ia kini memerlukan pengorbanan daripada penyanyi dengan mengeluarkan belanja sendiri untuk menghasilkan album.

Bagaimanapun, penyanyi popular 80-an dan 90-an yang dicungkil bakatnya selepas menjuarai Bintang RTM 1985, Ramlah Ram, mampu tersenyum bangga dengan penerbitan album studio ke-14, Ketentuan yang dipasarkan Jun lalu bersama syarikat rakaman Fantasia Music City (FMC). Lebih membanggakan apabila FMC melancarkan album Ramlah serentak dengan Jay Jay di pusat beli-belah The Mines, Seri Kembangan. Jay Jay yang agak lama menyepi, tampil dengan album Emosi menampilkan lagu hit seperti Permaisuri.

Ternyata mereka bukan sekadar melancarkan album bersama malah kini berpadu suara menerusi lagu duet raya, Bila Aidilfitri Tiba ciptaan S Atan.

Akui Ramlah, Jay Jay antara penyanyi lelaki dikaguminya kerana kehebatan vokal bekas anggota kumpulan Carefree itu.

“Idea menggandingkan kami ini sebenarnya berlaku secara spontan. Memandangkan album kami baru dilancarkan, FMC terfikir untuk lakukan usaha sama antara kami sempena memeriahkan lagi sambutan Ramadan dan Aidilfitri.

“Sewaktu idea ini dikemukakan, saya memang cukup teruja kerana bukan saja pertama kali dapat berduet dengan Jay Jay dalam sebuah lagu, malah saya menganggap lagu ini sebagai hadiah kami kepada peminat.

One thought on “Ramlah Ram dan Jay Jay Berpadu Suara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *