Pengumuman

Jemputan ke Majlis Ulangtahun Kelahiran Ramlah Ram

Assalamualaikum pada ahli-ahli RRG dan peminat Ramlah Ram semua,

Belated Happy Birthday buat Diva Ramlah Ram yang menyambut hari lahirnya pada 19 Februari 2010 lalu. Masanya tiba lagi! Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, majlis menyambut hari ulangtahun kelahiran Ramlah Ram yang sepatutnya diadakan pada tarikh yang sama telah ditunda pada bulan Mac 2010 ini.

Majlis tahun ini merupakan sambutan kali ketiga Ramlah Ram bersama semua ahli-ahli RRG dan peminatnya. Majlis yang serupa telah diadakan di Restoran Rebung, Bangsar KL pada 2008 dan Redbox Karaoke, Sogo, KL (2009). Seperti yang semua sedia maklum, majlis yang sama akan diadakan seperti berikut:-

  • Tarikh: 19 Mac 2010
  • Masa: 8.00 malam
  • Tempat: Restoran Tupai Tupai, 551A, Jalan Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur
  • Tema: Hitam dan Merah
  • Bayaran: RM50 (diskaun 20% untuk ahli RRG yang berdaftar)

Kali ini kemeriahannya akan digandakan dengan kehadiran wartawan dan beberapa rakan artis yang rapat dengan Ramlah Ram sebagai penyeri. Kehadiran mereka juga adalah untuk RRG mewar-warkan mengenai Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram Dalam Arena Seni yang bakal diadakan pada pertengahan tahun ini. Selain itu beberapa aktiviti dan aturcara telah dirancangkan untuk malam ini nanti iaitu :-

1. Pertandingan Menyanyi lagu-lagu Ramlah Ram – ‘RRG IDOL’ (Pertandingan ini akan dijadikan acara tahunan dan terhad kepada hanya 8 penyertaan pertama yang diterima (siapa cepat dia dapat!) dan dikenakan bayaran tambahan RM10. Pertandingan akan diadili sendiri oleh Ramlah Ram dan rakan artis atau wartawan yang dijemput malam itu. Hadiah diiringi oleh piala pusingan yang akan disampaikan sendiri oleh Ramlah Ram. Penyertaan terbuka kepada semua ahli RRG (kecuali semua AJKnya) dan peminat Ramlah Ram)

2. Anugerah RRG (Anugerah ‘misteri’ khas yang bakal diberikan kepada semua hadirin yang hadir berdasarkan beberapa kategori yang menarik… apa kategorinya? Surprise!!!!!)

3. Kuiz Jubli Perak Ramlah Ram (Terbuka pada semua hadirin yang hadir pada malam itu di mana Ramlah Ram akan bertanyakan beberapa soalan mengenai semua aktiviti seninya sepanjang 25 tahun dalam arena seni dan pada yang menjawab dengan betul akan memenangi hadiah eksklusif dari RRG)

4. Hadiah Misteri menanti semua hadirin yang hadir dan duduk di tempat duduk yang bertuah.

5. Persembahan eksklusif Ramlah Ram menampilkan lagu-lagu popularnya dulu dan yang terkini untuk semua hadirin yang hadir.

6. Joget Lambak (Acara akhir untuk semua hadirin beramah mesra dan menari bersama Ramlah Ram)

Jadi apa tunggu lagi.. pada semua yang berminat bolehlah membuat pendaftaran dengan menghubungi sebelum 15 MAC 2010.:

  • Pengerusi RRG (Saudara Rizal) 012-3009928
  • Timbalan Pengerusi RRG (Saudara Fairozee) 012-2302003
  • Timbalan Bendahari RRG (Saudara Dean) 012-3583069

Tempat adalah terhad dan ia tertakluk pada syarat “first come first serve”.

Menariknya, ini adalah penampilan pertama Ramlah Ram kepada semua peminat dan wartawan hiburan selepas 44 hari berkabung sejak 29 Januari 2010 lalu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra dan menjadikan majlis ini sebagai hadiah Ramlah Ram kepada anda yang selama ini begitu mengkagumi penyanyi bersuara emas ini. Jumpa anda di sana!!!

2 thoughts on “Jemputan ke Majlis Ulangtahun Kelahiran Ramlah Ram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.