Ramlah Ram Masih Bahagia

Posted 2 CommentsPosted in Berita, Highlights

PENAMPILAN merupakan satu perkara yang penting buat artis kerana dari situ bermulanya penilaian peminat terhadap mereka. Dari rambut sampai ke kasut semuanya harus digaya rapi cuma yang membezakan hanya jenama dan harga sahaja. Mengenali penyanyi Ramlah Ram juga, wanita ini tidak terlepas menjadi artis yang suka untuk bermain dengan gaya.

RRG Bukti Cinta Peminat Ramlah Ram

Posted 1 CommentPosted in Aktiviti RRG, Berita, Highlights

Bertuah sungguh penyanyi Ramlah Ram kerana mempunyai sekumpulan peminat setia yang sentiasa bersikap prihatin terhadap segala perkembangan yang berkaitan dengan diri serta aktiviti seni suaranya. Dengan usaha dan kerja keras mereka inilah, akhirnya tertubuhnya kelab peminat yang dinamakan Ramlah Ram Group (RRG). Dikendalikan ahli jawatan kuasa (AJK) induk seramai 7 orang, diam tak diam, sudah 3 tahun RRG ditubuhkan.

Review Album Ketentuan by Persadatinta

Posted 1 CommentPosted in Album Review, Highlights

Memuatkan sepuluh lagu termasuk lagu terbaik Hits Satu Musim Ke 5, 2008 lalu, album ini masih lagi berkonsepkan pop sesuai dengan imej Ratu Pop Melayu yang pernah diberikan pada penyandang gelaran Penyanyi Wanita Popular 1988 – 1989 di Anugerah Bintang Popular ini. Setelah single ‘Maharaja’ diterima ramai diikuti dengan lagu ‘Ketentuan’ yang menjadi siulan ramai, album ini diterbitkan oleh pihak FMC dengan menggunakan komposer-komposer yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dengan mutu lagu-lagu yang pernah mereka hasilkan.